Pas Sabah tawar tempat pada ahli Umno
SHAH ALAM - Pas Sabah hari ini menawarkan tempat dalam parti Islam itu
kepada ahli Umno yang kecewa dengan pemecatan bekas Timbalan Presiden
Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta
penggantungan, Datuk Seri Shafei Apdal.
Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata, sudah tiba masanya
ahli Umno beralih kepada Pas kerana parti itu mempunyai matlamat yang
jelas dan tidak mudah dipermainkan lawan mahupun kawan.
"Berdasarkan laporan media saya difahamkan di Semporna sahaja 300
cawangan Umno dibubarkan termasuk sayap pemuda, wanita dan puteri.
"Saya yakin ramai di kalangan ahli Umno yang tidak suka kepada
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ada dalam kerajaan sekarang.
Tetapi mereka disekat daripada bersuara kerana kesannya seperti yang
berlaku kepada Muhyiddin dan Mukhriz," katanya menerusi kenyataan, malam
tadi.
Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lalu memutuskan Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan]
Sementara Shafie digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu
berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara kerana mendapati mereka
melakukan kesalahan serius.
1 orang berkata:
JIKA ANDA BUTUH ANKA GHAIB HASIL RITUAL 2D.3D.4D. SGP & HK DI JAMIN 100% JEBOL JIKA BERMINAT SILAHKAN HUB KI AGEN RUSMAN DI NMOR (_0_8_2_3_3_4_2_2_2_6_7_6_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB then’z room’x sobat
JIKA ANDA BUTUH ANKA GHAIB HASIL RITUAL 2D.3D.4D. SGP & HK DI JAMIN 100% JEBOL JIKA BERMINAT SILAHKAN HUB KI AGEN RUSMAN DI NMOR (_0_8_2_3_3_4_2_2_2_6_7_6_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB then’z room’x sobat
Post a Comment