Dakwaan politik wang, Tun M sudah habis modal
PUTRAJAYA - "Tun Mahathir (Mohamad) sudah kehilangan modal," demikian
reaksi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengulas
dakwaan bekas Perdana Menteri itu dalam catatan di blognya, 'Pendirian
Saya'.
Mahathir mendakwa, kemenangan luar biasa BN dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian
wang dan barang-barang kepada pengundi.
Menurut Ab Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, apa yang disampaikan Mahathir sudah tidak dengar oleh rakyat.
"Pada saya beliau sudah tidak relevan. Dengan Deklarasi Rakyat,
(kemudian) turun sendiri ke bawah...pun rakyat tidak lagi dengar atau
menyambut apa yang disampaikannya.
"Rakyat lihat kepimpinan hari ini sudah bekerja keras untuk rakyat.
Yang penting rakyat melihat Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri)
berjaya urus kehidupan rakyat dalam keadaan sangat baik dan rakyat lihat
gerak kerja," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa
bersamanya di sini.
Dalam pada itu, mengulas soal cadangan agar Pilihan Raya Umum ke-14
yang dijangka diadakan pada 2018 itu dipercepatkan susulan kemenangan
besar BN itu, Ab Aziz akui segala kemungkinan boleh berlaku.
"Daripada kedua-kedua PRK ini terbukti BN lebih bersedia daripada
pembangkang. Saya tak tolak kemungkinan untuk PRU lebih awal. Kalau
sepatutnya 2018 kemungkinan 2017," katanya.
2 orang berkata:
Aku menyokong parti yg korup. Senang berurusniaga dgn mereka. Terima kasih kpd yg mengundi bn.
coach outlet
giants jersey
new balance shoes
mlb jerseys
pittsburgh steelers jersey
atlanta falcons jerseys
oakley sunglasses
polo ralph lauren
michael kors outlet online
christian louboutin sale
20170806
Post a Comment