Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHLAH YANG WARNA HIJAU,WARNA PAKAIAN DI SYURGA . RUJUK AL INSAN AYAT 21


Parti oren itu parti nanar, kata Mohd Amar
Mohd Amar Nik Abdullah

KUALA KANGSAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggelar parti berwarna oren diparcayai merujuk kepada Parti Amanah Rakyat (Amanah) sebagai sebuah parti 'nanar'.

Disebabkan itu katanya, pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar perlu menolak Amanah bulat-bulat.

"Orang Pas kena kekal undi Pas. Jangan tukar dengan oren. Parti oren ini bagi saya parti nanar.
Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia politik nanar.

"Bukti nanar ini, nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna yang ada dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna nak serupa dengan tok sami.

"Lambang pulak lambang pulak lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?," katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Menora, malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, disebabkan itu, pilihan yang ada buat pengundi untuk PRK ini hanyalah antara Pas dan BN.

"Maka sebab itu pilihan yang ada pada pengundi adalah Umno-BN atau Pas.

"Kita minta kali ini daripada semua pengundi, orang Pas tentulah akan mengundi Pas, yang atas pagar dan BN pilih Pas supaya dapat membuat perubahan," katanya.

Dalam pada itu katanya, pengundi di Kuala Kangsar perlu berani untuk melakukan perubahan kerana sudah sekian lama Umno gagal meletakkan Islam sebagai aspek perjuangan.

Akuinya, biarpun Umno ada menyumbangkan elemen-elemen Islam dalam pemerintahannya namun ia masih belum mencukupi.

"Orang Melayu dah lama bagi kepercayaan kepada Umno. Dalam tempoh lama, dari sudut perjuangan Islam tidak nampak usaha yang bersungguh dan berkenan dilakukan oleh Umno-BN.

"Apabila pemimpin Islam, tanggungjawabnya adalah memastikan agama Islam ini berdulat. Tetapi dalam tempoh yang panjang ini negara kita masih kekal dengan sifat sekular. Masih jauh dengan kehendak agama," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.