TPM: Kami alu-alukan kehadiran Mahathir dalam PRK
KUALA KANGSAR - "Kami alu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)".
Demikian kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi ketika diminta mengulas mengenai adakah kempen BN akan terjejas
sekiranya Mahathir turun berkempen membantu calon lain selain daripada
BN.
Mahathir dilaporkan akan membantu Pakatan Harapan berkempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Bekas Perdana Menteri keempat itu dijadualkan turun di Sungai Besar
pada 11 dan 17 Jun manakala di Kuala Kangsar pada 12 serta 16 Jun.
Mahathir sebelum ini menjelaskan bahawa dirinya akan turun berkempen
membantu parti yang menyokong Deklarasi Rakyat andai kesihatannya
mengizinkan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata beliau
berpuas hati dengan perjalanan kempen BN di Kuala Kangsar setakat ini.
"Saya ucapkan terima kasih kepada jentera BN, saya lihat jentera BN
begitu bekerjasama dan keras dalam membantu calon BN," katanya di Pusat
Daftar Mengundi di Ulu Kenas Kuala Kangsar hantar ini.
0 orang berkata:
Post a Comment