Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIASATAN LANJUT KES GUAN ENG

Kertas siasatan banglo dikembalikan kepada SPRM
Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara hari ini mengembalikan kertas siasatan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan agensi itu menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan siasatan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataan media berkata, selepas meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, jabatan mendapati terdapat beberapa tindakan yang perlu disiasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Menurut beliau, pihaknya menerima kertas siasatan penjualan banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Lim itu daripada SPRM pada 26 Mei lalu.

"Oleh itu, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan. Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Guan Eng dan isterinya Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga banglo itu dibeli di bawah nilai pasaran.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). – Bernama
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.