"BARANG SIAPA NAK BERIMAN BIARLAH MEREKA BERIMAN, BARANG SIAPA YANG NAK JADI KUFUR BIARLAH MEREKA KUFUR, MAFHUM FIRMAN ALLAH SWT" - Pak Karamu
‘Saya tak akan tarik kenyataan atau minta maaf’
KUANTAN - Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman hari ini menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau meminta maaf kepada DAP berhubung kenyataannya sebelum ini yang didakwa melabelkan parti itu tergolong dalam kalangan kafir harbi.
Beliau menjelaskan kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada DAP,
tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam boleh diistilahkan
sebagai pemikiran kafir harbi iaitu cuba hendak memerangi umat Islam dan
agama Islam.
"Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan
ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP sahaja, kepada
semua yang menentang Islam.
"Asas yang saya bagi tahu kepada akhbar itu (Utusan Online) dalam
bentuk semua, namun kalau mereka kata (tulis) DAP pun tidak salah,
sesiapa pun yang menentang Islam jika mereka tulis tidak salah," katanya
kepada Bernama di sini hari ini.
Semalam Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng menyifatkan kenyataan Mufti Pahang itu keterlaluan dan tidak
boleh diterima kerana DAP tidak pernah menentang Islam.
Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Rahman menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf. – Bernama
1 orang berkata:
sarawak tak sokong ruu hudud,so darah kamek halal dilupus, good tok peti pahang come cuba challenge jangan brani pd DAP saja
casino genting halam!
Post a Comment