Suspek tetak nenek direman tujuh hari
PASIR MAS - Seorang remaja lelaki direman selama tujuh hari bagi
membantu siasatan berhubung kes mencederakan seorang warga emas termasuk
menetak kaki mangsa sehingga putus di Lemal, di sini semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri bermula hari ini sehingga Ahad depan.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di
pekarangan Kompleks Mahkamah Pasir Mas pada jam 8.50 pagi dengan menaiki
kereta polis.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang warga emas, Mek Som Mat
Diah, 89, putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak suspek yang
dipercayai penagih dadah di rumahnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, Mek Som turut cedera di bahagian muka
akibat ditumbuk suspek yang dikatakan berang kerana mangsa enggan
memberikan wang kepadanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
2 orang berkata:
Ni pun nak salah krj negeri jugak ka.kelantan sj yg hampa nampak mcm lah ng lain baik sgt.
Ni pun nak salah krj negeri jugak ka.kelantan sj yg hampa nampak mcm lah ng lain baik sgt.
Post a Comment