Pas bangkang secara professional
KUALA LUMPUR - Pas membangkang dan menentang secara profesional, kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan.
Katanya, Pas secara konsisten menentang apa jua program kerajaan
yang tidak baik dan menekan rakyat seperti Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik (TPP), Bauxite, Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST) dan
lainnya.
"Kita tentang kerajaan menerusi dialog bersemuka, mengemukakan
kertas cadangan, memorandum mahupun berdemonstrasi secara aman.
"Pas tidak membangkang secara membuta tuli, sebaliknya Pas
bertindak secara damai (muwajahah silmiyah), mendapatkan informasi
secara telus dari mana mana pihak kerajaan, berdialog, memberi
pandangan, kritikan dan nasihat," katanya dalam penerangan mengenai
"Budaya Politik Matang dan Sejahtera", hari ini.
Katanya, budaya politik matang yang dilaksanakan Pas membuatkan parti itu menyokong langkah wajar kerajaan.
Dalam masa yang sama, parti itu boleh menentang apa sahaja keputusan tidak baik yang dibuat oleh kerajaan.
"Orang terdahulu telah menunaikan tanggungjawab mereka yang
terbaik dengan tindakan dan keputusan yang sesuai pada zaman
mereka. Hari ini Pas merumus pendekatan politik yang sesuai
dengan zaman yang sedang dihadap.
"Sebagai contoh, Pas menyokong bahkan menyertai aktiviti kerajaan
yang baik untuk rakyat dan Islam khasnya, seperti isu Akta
355 dan Majlis Perundingan Islam," katanya.
1 orang berkata:
Rasa nok mutoh
Post a Comment