Idea satu lawan satu susah jadi kenyataan
KOTA BHARU - Strategi satu lawan satu yang dicadangkan pembangkang
mungkin tidak akan berlaku pada PRU14 kerana permuafakatan antara parti
pembangkang jelas goyah.
Penganalisis politik yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rosdi Omar berkata, dalam situasi
sekarang agak sukar untuk melihat perkara itu berlaku kerana Pas dan
Amanah saling menyatakan keyakinan mereka boleh memenangi majoriti
kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini dalam PRU14 nanti.
“Amat sukar Amanah dan Pas bekerjasama memandangkan pemimpin kedua-dua
parti ini saling tuduh-menuduh dan berlumba untuk menunjukkan kekuatan
masing-masing.
“Saya melihat perkara ini hanya akan menguntungkan BN, sebab akhirnya
sudah pasti akan berlaku pertandingan banyak penjuru,” katanya kepada
Sinar Harian.
Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata,
sekiranya pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh
mengancam kedudukan Umno.
Dr Rosdi berkata, ia tidak mustahil jadi kenyataan di negeri ini jika
Pas, Amanah, PKR dan Bersatu boleh membentuk permuafakatan politik
antara mereka dalam melawan BN atau Umno.
0 orang berkata:
Post a Comment