Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAP SELAMAT, KITA PANJATKAN DO'A


Tragedi bot: Isteri harap suami selamat‎
Tragedi bot: Isteri harap suami selamat‎
Azura (duduk kanan) memangku bayinya berusia sebulan ‎sambil menunggu perkembangan usaha gerakan mencari suaminya di Pangkalan Nelayan Jeti Pontian Besar. - Foto Sinar Harian

PONTIAN - Hanya doa yang mampu dipanjatkan buat isteri nelayan yang dikhuatiri lemas ketika cuba menarik bot yang terlepas daripada ikatan di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, awal pagi tadi.

Didi Nazri, Azura Hasanuddin, 23 yang ditemui Sinar Harian berkata, dia berharap agar suaminya itu segera ditemui.

Menurut Azura, dia masih lagi terkejut dengan berita kehilangan suaminya itu yang dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat kira-kira jam 6.00 pagi tadi. ‎‎

"Saya berdoa agar suami (Didi) dapat ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat,” katanya dalam keadaan sebak di Pangkalan Nelayan Jeti Pontian Besar.

‎Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Didi Nazri Jefri dikatakan pergi ke kelong terbabit bersama ‎rakannya untuk menangkap ikan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca mendung tidak halang usaha mencari mangsa‎ lemas]

Didi dan Azura mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Rania, 3 tahun, Raisha 2 tahun dan seorang bayi lelaki, Dayan yang baru berusia sebulan.

Dalam pada itu, bapa saudara kepada Didi,  Hafiz Kamal, 27,  memberitahu, bot yang hanyut  itu telah dijumpai pagi ini dan telah dibawa balik ke pangkalan nelayan Kampung Persisir.‎

"Kami ahli keluarga dimaklumkan mengenai kejadian  tersebut oleh rakan-rakan Didi  pada kira-kira pukul 6.00 pagi sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa bagi meminta bantuan,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kesusahan nelayan mencari rezeki utk keluarga. Gst semakin bebankan mereka.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.