Andainya BN/UMNO memenagi pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi Sabah maka ramailah penganalisis politik didalam kerajaan akan memukul gendang peperangan kemenangan dan menyatakan krisis politik negara sudah pulih seperti biasa sebagai semangat baik pulih pemikiran rakyat di negara ini sekali gus untuk menyatakan supaya pemikiran rakyat perlu berubah kepada menyokong kerajaan yang ada sebagaimana yang dipinta oleh perdana menteri dan amaran juga kepada parti pembangkang
Umum memahami bahawa selepas politik zaman Pak Lah yang disambung oleh Najib terlalu banyak cerita kepincangan krisis moral pimpinan parti politik negara ditelanjangkan yang menyebabkan rakyat menilai tengkah laku mereka yang akhirnya politik dan sokongan rakyat menjadi tidak menentu dan politik menjadi kucar kacir kemudian para pimpinan terus juga meminta rakyat menyokong mereka secara berterusan sedangkan masalah krisis keyakinan rakyat kepada kepimpinan mereka masih lagi belum sembuh
Di negara ini ada dua orang pimpinan yang sedang dinilai oleh rakyat tentang tengkah laku mereka, seorang dari parti pemerintah dan seorang lagi dari parti pembangkang yang mana masing-masing dengan kes pembunuhan dan liwat yang masih lagi belum diputihkan dan rakyat masih lagi belum berpuas hati dengan mereka kerana dilibatkan dalam kes tengkah dan laku, rakyat mahukan pimpinan yang bersih dari segala kekotoran, baik dari segi hal pribadi mereka ataupun yang melibatkan mereka dengan rakyat
Apa yang telah kita dengar ialah semua pimpinan yang mengepalai kerajaan pempunyai kes tengkah dan laku yang tidak baik yang pernah kita dengar kerana masalah pribadi dan penginayaan mereka terhadap rakyat dan kedaulatan negara, semuanya kerana kelemahan mereka dalam soal akhlak yang tidak menepati agama yang lurus dan bersih, kepada mereka yang mempunyai penyokong masing-masing tentunya mempertahankan pimpinan mereka sekalipun tengkah dan laku mereka sudah menjadi hitan, lalu terjadilah politik itu dikotorkan
Rakyat sepatutnya sudah membuka mata mereka dengan seluas-luasnya, mereka perlu berubah dan memilih pimpinan yang bersih dan menepati agama supaya mereka tidak ditanya oleh Allah diakhirat nanti kerana tertegaknya sesebuah kerajaan adalah kerana mereka bukan kerana pimpinan mereka, merekalah yang menentukan mandat kepada pimpinan sehingga tertegaknya sebuah kerajaan
0 orang berkata:
Post a Comment