MENINJAU SUASANA POLITIK SABAH EKORAN AKTIVITI PKR MACAN API DALAM SEKAM
Teringat rancangan plan tawan Sabah yang telah dirangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa bulan yang lalu seolah-olah tidak berjalan, sunyi sepi, tidak bermaya ibarat macam nafsu kuat tenaga lemah, ramai juga yang menunggu apakah plan tersebut sudah dikuburkan atau ia hanya suatu gimik politik ?
Saya cuba menghubungi rakan di KK bertanyakan perkembangan politik disana, jawapan yang saya terima ialah rakyat Sabah memang akan membuat perubahan pada PRU 13 akan datang dan sekarang mereka sedang melakukan operasi senyap dan sunyi ibarat api didalam sekam
Tetiba semasa musim pemilihan PKR ini kita dengar cerita pembanjiran anak muda menyertai PKR dengan cara drastik sekali, dan tetiba juga Timbalan Presiden UMNO Syafi'e Afdal pula tergesa-gesa akan meletakkan jawatannya sebagai pengurusi perhubungan UMNO negeri Kedah, kenapa ?
Sebenarnya jika mengikut cerita kawan kat KK dan Sandakan UMNO Sabah akan kecundang pada pilihanraya ke 13 nanti kerana banyak janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan semenanjung untuk rakyat dinegeri Sabah dan para pimpinan UMNO Sabah juga ramai yang tidak disukai oleh rakyat Sabah sendiri kerana salah laku dan masalah sosial yang rendah
Jika dilihat pada rancangan radio dan TV memang BN akan banyak membawa rancangan untuk rakyat di Sabah akan tetapi sebenarnya rancangan tersebut bukan untuk kesenangan rakyat akan tetapi ia hanya untuk para pemimpin yang tertentu sahaja kerana itu rakyat Sabah berkata di Sabah akan ujud rakyat susah akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya akan bertambah kaya dan jangan juga terkejut nanti akan ada pimpinan UMNO Sabah sendiri yang akan melompat kepada PR
0 orang berkata:
Post a Comment