ADAKAH PEMUDA UMNO HENDAK JADI DEDALU ?
Adakah pemuda UMNO menyedari bahawa perjuangnya mereka hampir berakhir ? lalu mereka berbangga dengan menganugerahkan ushawan melayu yang berjaya atau mereka menghormati perniagaan bangsa Malaysia yang berjaya ? Mengapa mereka tidak melihat kejayaan dewan perniagaan bangsa melayu sama ada sudah kering melayu ataupun sudah melingkup ?
Kebanggaan pemuda UMNO sebenarnya mereka sudah lupa dengan ketuanan melayu yang UMNO perjuangkan sekian lama untuk memrtabatkan bangsanya namun sekarang sudah terbalik kerana melayu sudah nyanyok dan mudah lupa atau mereka mahu menjadi seperti dedalu yang cuba mengharapkan kemajuan orang lain supaya dapat menumpang nikmatnya
Kegagalan UMNO untuk memertabatkan bangsa dalam berbagai jurus terutama perniagaan setelah mereka hilang banyak kerusi DUN dan juga Parlimen pada PRU 13 dahulu mendorong mereka tumpang gembira dengan perniagaan orang lain dan mereka yang berjaya belum tentu dari kalangan anggota UMNO tulin mungkin mereka terdiri dari parti PR dengan menjadi ahli dengan cara senyap dan sunyi
Apa yang penting bagi pemuda UMNO ialah meninjau seramai mana anak didik mereka yang telah berjaya atas asuhan mereka dalam bidang perniagaan ? Apa yang penting untuk pengetahuan umum ialah mereka sengaja hendak memikat dan memuji-muji ahli perniagaan dari kalangan rakyat Malaysia yang telah berjaya kerana senang untuk mendapatkan pertolongan kewangan semperna dengan dua pilihanraya yaang akan di adakan tidak lama lagi, barangkali inilah isu anugerah tersebut sebenarnya
0 orang berkata:
Post a Comment