Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERNILAI LAGIKAH KU LI PADA UMNO ?

Salam

Tengku Razaligh Hamzah orang lama dalam politik memperjuangkan bangsa, dia pernah menjadi menteri kewangan, ketika mana dia tidak berpuas hati dengan mainan politik kotor UMNO lalu dia tinggalkan UMNO dan tubuhkan parti baru iaitu Semangat 46, masa itu dia sangat marah dengan UMNO sebab banyak tipu dengan dia dalam merebut jawatan presiden

Darah keturunan anak raja ini kemudiannya dipujuk untuk menyertai UMNO demi perpaduan melayu akhirnya dia bersetuju menyertai UMNO dan partinya dibubarkan, pujukan daripada UMNO ini tidak membawa kepada peningkatan rezekinya untuk menjadi presiden UMNO untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sebab orang UMNO sudah tidak mahu kepada dia malah jawatan menteripun tidak diberikan kepadanya tidak seperti Rais Yatim

Apa yang kita tahu memang ada jawatan yang ditawarkan akan tetapi jawatan tersebut tidak menunjukkan suatu kehormatan terhadap dirinya yang banyak berjuang untuk bangsa sehinggakan sanggup bubarkan parti demikianlah UMNO menilai KU LI ini, Ibrahim Ali tentunya faham perjuangan KU LI dan tentunya faham bagaimana UMNO tidak pedulikan dia

Hari ini tetiba Tengku Razaligh di Ofer menjadi calon DUN Galas pula iaitu satu kawasan didalam  kawasan Parlimennya, berguna lagikah orang tua ini pada UMNO ? ATAU adakah menamakan KU LI sebagai calon di Galas hanya untuk hendak menghina orang tua ini ? Adakah niat UMNO untuk memperkuda KU LI ? Saya tidak tahu apa muslihat UMNO tapi saya tahu siapa KU LI sebab pernah bergaul lama dengannya semasa Semangat 46 dulu

Saya masih ingat lagi KU LI berseloka "UMNO yang pandai ibarat nak suruh orang bodoh dalam UMNO menjadi alat untuk menyelamatkan orang pandai dalam UMNO  jadi UMNO bodoh umpama buaya yang telah ditipu oleh Sang Kancil untuk timbul bagi Sang Kancil menyeberang, selepas selamat menyemberang maka kancil berkata  sebenarnya bukat langit nak rutuh tapi aku yang nak selamatkan diri dengan memijak belakang kamu, demikianlah yang UMNO akan lakukan pada KU LI buat kali ini dengan mencadangkan dirinya sebagai calon di Galas

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.