Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KARIM GHANI KELUAR UMNO

Salam

KARIM GHANI ORANG KECIL BERHATI RAKYAT DAN PEMBELA AGAMA

Karim Ghani orang yang tidak ternama dan tiada tempat yang sewajarnya didalam parti UMNO dia telah dipinggirkan oleh pimpinan UMNO Sabah kerana kebanyakan  pucuk pimpinan UMNO Sabah ramai mementingkan diri dan menimbun harta dikalangan kroni mereka

Karim Ghani ibarat kulit pisang pada sebiji pisang yang masak ranum, apabila isi pisang dimakan maka kulitnya dibuang dimana-mana sesuka hati mereka, siapa  Karim Ghani ? Dia adalah orang yang bertanggungjawab  memasukkan UMNO ke negeri Sabah dengan harapan penuh supaya umat islam disana mendapat pembelaan dari UMNO dari perkembangan pesat agama kristian, namun hasratnya ternyata gagal kerana dia tersilap tanggapan terhadap kebolehan UMNO

Karim Ghani sepatutnya melihat terlebih dahulu perkembangan islam di Malaysia barat bagaimana kedudukan umat islam dan fahamannya sebelum membawa UMNO ke negerinya namun dia tersilap anggap dengan fahaman melayu itu islam dan islam itu melayu yang akhirnya dia benar-benar keciwa dengan UMNO yang dibawanya tidak menepati reality yang terdapat didalam hatinya

Kini dia sudah keluar UMNO dengan menulis surat kepada UMNO Kuala Lumpur dan UMNO Sabah sendiri, ada ura-ura yang dia akan menyertai PR bagi meneruskan cita-citanya untuk membela melayu dan islam di Sabah, orang islam di Sabah sebenarnya tidak ada yang serius untuk memperjuangkan islam disana melainkan Pas, mungkin Pas akan bernafas panjang selepas ini

Beberapa minggu lalu Pak Karamu telah nyatakan bahawa Sabah mungkin akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti dan berita umumnya dari rakyat Sabah sendiri telah juga sampai ketelinga pimpinan pusat BN/UMNO lalu Najib melawat kesana namun nampaknya di tidak menjadi ubat yang mujarab kepada rakyat Sabah kerana  rakyat Sabah  mungkin tidak dapat dipujuk dengan rancangan mega yang dijanjikan oleh dato Najib dan UMNO Sabah

Sekarang rakyat sedang dalam perubahan secara besar-besaran ia ibarat api yang didalam sekam yang mula melihatkan kepanasannya, seorang kawan Pak Karamu menyatakan bahawa UMNO Sabah mungkin tumbang secepat mungkin kerana rakyat Sabah begitu cepat berubah pemikirannya sebab itu politik Sabah telah diperintah   oleh bebagai parti politk silih berganti

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.