Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENCETUS HURUHARA

Salam

Nampaknya sudah ramai yang telah melakukan pencetus-pencetus huruhara di negara ini, sejauh ini belum ada tindakan mengawal aktiviti mereka dilakukan menyebabkan para pencetus ini semakin berani mengulangnya dengan cara yang sangat biadab, mereka nampaknya sedang melihat kelemahan kerajaan yang tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka kerana ada kepentingan kuasa mandat untuk berkuasa

Isu-isu yang dimainkan adalah berkait dengan perkara sensitive kaum dan  agama, dua perkara ini pasti akan menjadi punca berlakunya huruhara dinegara ini, cuma api belum lagi bernyala kerana buat masa ini mereka sedang meniupnya namun asap sudah mula keluar  yang menunjukkan pertanda api akhirnya akan bernyala,  sepatutnya sudah ada penganalisa keamanan dinegara ini yang sudah membuat kajiannya

Ternyata secara terang bahawa para pencetus ini datang dari golongan orang-orang politik yang berfikiran sempit, mereka ini sentiasa melakukan gesaan dan membuat perancangan rapi untuk mencetuskan huruhara di negara ini tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka kerana itu sudah lahir istilah-istilah yang boleh mendatangkan semangat kebangkitan rakyat yang berpunca dari kaum dan agama yang diucapkan secara terang-terangan

Nampaknya mereka yang sedang berada dipehak kerajaan lebih menunjukkan keberanian untuk memulakan cetusan api perkauman dan keagamaan, mereka dilindungi tanpa memikirkan keselamatan  negara dan rakyat dalam masa yang panjang, selepas ini kita sama-sama lihat apakah isu yang akan dimainkan akan ditambah dengan amalan sehingga tercetusnya huruhara yang mereka hajati menjadi kenyataan ?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.