HUUH ! KERAJAAN BN/UMNO SUNGGUH PRIHATIN TERHADAP RAKYAT GALAS, WAKIL RAKYAT LAIN BILA NAK MATI ?
Apabila ada wakil rakyat mati maka berbagai-bagai hadiah rasuahlah yang dirancang oleh kerajaan BN/UMNO untuk memikat hati rakyat, di Galas mereka tabur WIFI tanpa wayar untuk kemudahan orang kampung tersebut kemudian masukkan berita tersebut dalam akhbar dan TV secara meluas supaya rakyat tahu bahawa kerajaan sangat prihatin, kononnya sekarang zaman canggih jadi di kampung juga mesti canggih, kononnya nak samakan dengan orang bandar pertanda keperhatinan kerajaan terhadap rakyat demi keadilan yang diamalkan kerajaan sekarang
Maka berkatalah mereka " Kerajaan sekarang tidak membezakan anatara orang kampong dan orang bandar itu suatu pertanda keperhatian kerajaan BN/UMNO" namun rakyat sedar bahawa perkampungan lain tidak pula mendapat keperluam yang sama, hanya menunggu ada yang mati baru mereka hendak tunjukkan keperhatinan tersebut, amalan ini samalah dengan amalan membawa buah kepada orang sakit yang tidak boleh memakan buah tersebut , masa sihat tidak pula mereka mahu hadiahkan buah, si orang sakit hanya tengok buahnya yang dimakan oleh orang lain
Orang Galas atau Batu Sapi Sabah mungkin telah faham hal yang mereka telah maklum bahawa setiap pilihanraya diadakan maka rasuah politik tetap ada dan mereka tidak halangan untuk mengambilnya namun rasuah politik itu sebenarnya untuk mendapatkan undi mereka akan tetapi hadian diterima dengan senyum tetapi undi adalah soal pribadi inilah kepintaran pengundi diwaktu kebelakangan ini, bagi pehak yang menyalurkan rasuah politik mereka ibarat mengharapkan untung sabut timbul, untung batupun diharapkan timbul juga
Ada diantara perasuah politik untuk meraih undi ini tidak berani nak terangkan dengan jelas hadian tersebut takut nanti orang lain tahu berlaku rasuah dalam pilihanraya, lalu mereka berkata " Inilah keperhatian kami kepada rakyat" hal ini tidak menampak sangatkan amalan rasuah namun apabila mereka agak terdesak maka barulah mereka berterus terang, lalu mereka berkata "Hadian ini bukanlah untuk merasuah dan kami tidak perlu balasan hanya bantulah kami pula dengan mengundi kami pulak, jangan lupa, jangan lupaaaa !"
0 orang berkata:
Post a Comment