Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGENAL PENGARUH YANG HAK DAN YANG BATIL

Salam

MENGENAL PENGARUH KUASA YANG HAK DAN YANG BATIL DARI DUA KUASA DI GALAS

Di Galas akan berlaku pertempuran yang hak dan yang batil, kedua-dua kuasa ini datang daripada BN dan juga PR, orang ramai sudahpun maklum dasar perjuang masing-masing yang menyatakan kebenaran masing-masing untuk konon membela rakyat, maka rakyatlah yang dapat menilai diri mereka sendiri mana yang mereka akan pilih, jika mereka faham tentang dosa dan pahala maka mereka akan membantu Pas dan sebaliknya

Sebagaimana yang rakyat telah maklum apabila diadakan pemilihan maka berlakukan ketidak jujuran daripada pehak BN/UMNO kerana mereka mengambil hati rakyat dengan berbagai rasuah yang tidak mengira soal dosa dan pahal, matlamat mereka adalah kemenangan, sementara Pas pula mereka hanya bercakap tentang membela nasib rakyat sekadar adanya tapi dalam masa yang lamanamun ada kebersihannya kerana mengambil kira soal dosa dan pahala

Pengundi di Galas boleh diukur keimanan dan kepercayaan mereka dari pilihanraya kecil ini, sama ada mereka tetap dengan kebenaran ataupun kebatilan, mereka semua tahu dasar perjuangan kedua-dua kumpulan ini, mereka tahu muslihat parti yang mahukan kemenangan, rasuah pasti ada, ugut peras tetap ada, janji pastinya banyak, jadi yang mana pilihan mereka ? Bolehlah kita ambil kesimpulannya bahawa senjata yang paling ampuh bagi BN/UMNO adalah janji dan rasuah, sementara senjata Pas yang ampuh ialah bermunajat kepada Tuhan supaya Tuhan memberikan kemenangan kepada mereka

Jadi dengan  adanya pilihanraya kecil ini dapatlah kita menilai sejauh mana rakyat menilai diri mereka dan sejauh mana mereka bersikap benar mahukan kebersihan ataupun kekotoran

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.