UJIAN GETIR BUAT TENGKU RAZALIGH HAMZAH DI GALAS, UMPAMA TIADA BEBAN DICARI BEBAN PERGI KEPULAU BATU DI GALAS
Tidak kira sama ada Tengku Razali Hamzah menjadi calon ataupun tidak, yang penting dia sendiri harus menilai dirinya sama ada benar-benar dipergunakan partinya ataupun tidak, dia seorang veteran yang dihormati oleh rakyat Kelantan akan tetapi partinya sendiri tidak menghormatinya setelah sekian lama dia berkhidmat sebagai ahli Parlimen akan tetapi tiada dinilai dengan sewajarnya seperti Rais Yatim
Sekarang Tengku Razali mungkin akan dihormati kembali oleh UMNO kerana terdesaknya UMNO untuk memenangi kembali kerusi Galas yang telah dirampas oleh Pas didalam Parlimennya, kali ini Galas terpaksa diambil kembali daripada Pas untuk menaikan kembali semangat UMNO yang telah luntur jadi mau tidah mahu UMNO terpaksa mencari helah dan bertebal muka mereka kena minta tolong kepada Tengku Razali Hamzah, ertinya selain daripada Tengku Razali UMNO tidak nampak untuk merampas Galas
Kali ini Tengku Razali nampak hebat oleh UMNO, dia adalah orang penting untuk menghidupkan semangat melayu dan UMNO, semasa dia berada didalam Parti Semangat 46 dia sanggup membubarkan parti melayu Semangat 46 demi perpaduan orang melayu dan jika kita imbas kembali semangat yang ditunjukkan Tengku Razali maka kita dapati tiada seorang UMNO yang sanggop berbuat semacam mana yang dilakukan oleh Tengku Razali Hamzah namun jasanya hanya dipergunakan hanya semasa UMNO hendak nazak sahaja
Orang Pas menghormati Tengku Razali kerana dia adalah seorang yang berlaku benar dan bersifat adil kepada kebenaran bukan kerana dia seorang ahli UMNO, andainya nanti ditakdirkan UMNO kalah di Galas maka dia tetap juga dengan sikapnya yang adil kepada orang melayu dan terus dihormati namun yang kalah adalah tetap UMNO dan dia tetap dicop sebagai gurgha kepada UMNO dan dia juga sanggup membakar dirinya untuk menerangkan orang lain
1 orang berkata:
Tak payah susah2 tengku... cuba gunakan otak Tengku mengikut syariat Islam, pasti Tengku akan diberi Rahmat dan Petunjuk oleh Allah S.W.T. Dah jelas dah yang hak dan yang batil, apa nak pening2 sangat sampai pecah kepala... Allah dah bagi otak untuk berfikir dan menilai. Apakah dengan begitu setia dengan umgok dapat Syurga Allah??? ini soal Iman dan Rahmat Allah... pilih lah mana Tengku nak letak diri Tengku...
Post a Comment