MASALAH HALAL HARAM ITU TERPULANG KEPADA SIAPA YANG LAKUKAN, SIAPA YANG BUAT DIALAH YANG TANGGUNG
Wang itu daripada SUMBER PERBUATAN SIPELAKU perbuatan haram maka dia akan tanggung dosanya, hasil daripada perbuatannya yang merupakan wang kertas, emas dan perak tetap dalam keadaan bentuk dan sifatnya yang diiktiraf oleh mana-mana manusia selagi ia tidak haram (najis disentuh),
Apa yang berlaku di Pulau Pinang mungkin disana ramai orang alim akan tetapi mereka papa kedana, mereka jadi demikian sejak dari kerajaan BN memerintah negeri itu lagi harta dan kediaman mereka dibangunkan namun mereka tidak layak tinggal disitu sebab aset disana terlalu mahal lalu mereka lari ke Kedah dan disekitarnya dan kebanyakan orang melayu inilah yang tergolong dalam senarai orang miskin
Orang miskin inilah yang diberikan oleh kerajaan P.Pinang sekarang RM 100 seorang, mula-mula mereka ambil dan mereka gembira sebab pada wang yang mereka ambil itu tiada tanda haram dan tidak juga terkena darah babi yang perlu disamak TETIBA orang UMNO P.Pinang yang makrifatnya tinggi mengatakan wang yang mereka terima itu adalah wang judi haram
Sahdan maka tersebutlah kesah apabila orang tua yang menerima wang itu tahu bahawa mereka menerima wang haram maka dipulangkannyalah wang tersebut nasib baik mereka tidak mati namun ada juga yang mati terkejut kerana mengetahui dia menerima wang judi haram, itu maknanya orang tua yang mati itu adalah orang sangat bersih dari kalangan anggota UMNO
Abu Thalib mati dalam keadaan semangat bangsa, jadi mana besar dosanya sama ada terima wang RM100 ATAU memasuki kumpulan UMNO yang berdasarkan semangat bangsa ?
0 orang berkata:
Post a Comment