Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERANA DIA SEORANG PERDANA MENTERI ?

Salam

MAKA BERKATALAH  NAJIB "PERTAHANKAN PUTERA JAYA, BIAR HILANG NYAWA" WALAU BERKECAI TULANG DAN NYAWA, WALAU BERCERAI JASAD DAN NYAWA, WALAU APAPUN TERJADI, PUTRAJAYA  MESTI KITA PERTAHANKAN" (Sinar Harian)
 

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO Dato' Najib " KITA PERTAHANKAN PUTERA JAYA, BIAR HILANG NYAWA SEKALIPUN" rasanya kenyataan ini adalah kenyataan mencabar Pakatan Rakyat kerana tiada mana-mana  kumpulan yang mahu merampas Putra Jaya melainkan Pakatan Rakyat mengikut lunas demokrasi dan undang-undang

Merampas Putera Jaya adalah cita-cita Pakatan Rakyat namun ia mestilah mengikut demokrasi dan Pakatan Rakyat menyedari hakikat ini hanya UMNO saja merasa teruja dengan cita-cita Pakatan Rakyat ini lalu mereka membuat kenyataan mencabar sesiapa yang mahu mengambil Putera Jaya maka mereka akan mempertahankan sekalipun dengan menggadai nyawa mereka

Kenyataan Najib ini harus saja dijawab begini " PAKATAN RAKYAT AKAN MENAWAN PUTERA JAYA SEHINGGA NYAWA ORANG UMNO HABIS"  maka akan bertempurlah dua kumpulan ini sehingga ada yang hilang nyawa dan nyawa yang teramai akan merampas Putera Jaya dan nyawa yang sedikit mesti  kasi padan supaya jangan ada zuriat yang tinggal, BOLEH BEGITU ?

Apakah sebenarnya maksud Dato Najib berkata demikian ? Apakah jika mempertahankan Putera Jaya secara demokrasi sudah tidak relevan lagi sehinggakan nyawa sebagai galang gantinya ? Jika dato Najib sebut  bahawa UMNO akan mempertahankan Putera Jaya dengan cara yang betul mengikut amalan demokrasi Berparlimen Ok lah, akan tetapi jika dia sudah sebut pasal nyawa maka mungkin dia mengundang sejarah hitam

Sebagai seorang Perdana Menteri sebuah negara yang dikatakan  mengamal amalan demokrasi kenyataan ini tidak sepatutnya berlaku, ia menunjukkan sikap yang menakut dan mengugut rakyat di negara ini atau adakah kenyataan ini sengaja ditujukan kepada bangsa lain yang berada dihadapannya yang terdiri dari kaum lain ? ATAU Adakah ia juga ditujukan kepada Pakatan Rakyat diluar sana, sebab Nik Aziz  ada sebut " Selepas tawan bangunan UMNO di Kota Baharu maka kita akan tawan Putera Jaya, adakah  kenyataan ini mengecutkan telor UMNO ?

Orang UMNO ada darah dan ada nyawa, demikian juga dengan orang Pakatan Rakyat, nampaknya amaran gendang perang secara hilang nyawa telah ditiup, apakah rakyat mahu menunggu nyalanya api yang mungkin meragut nyawa  yang telah dimulakan oleh Najib dan UMNO ? Kenyataan ini salahkah ataupun tidak ? Biasanya jika  seorang Perdana Menteri cakap macam ni tentulah ia WAJIB  disambut, dan bila nak mulakan ? Jangan cakap saja, tapi kita nak lawan siapa ?

Najib DAN umno sudah menjual ! Siapa mahu Beli ? Pakatan ada telor ke nak beli ? Cakap Najib ini telah keluar daripada bangunan PWTC dia dan sesiapa juga dari kumpulan dia tak boleh bagi alasan apa-apa sebab telah dimuatkan didada-dada akhbar dan rakyat telah baca dan rakyat sudah dan mudah faham, sepatutnta pehak keselamatan kena  tinjau perkara ini atau diamkan sahaja kerana dia seorang PERDANA MENTERI


1 orang berkata:

Anonymous said...

Dalam PRK di Kedah pernah berlaku kehilangan nyawa masa mamat tu jadi Ketua Pemuda UMNO. Apakah peristiwa seumpama itu akan berlaku lebih dahsyat lagi dalam PRU 13 nanti?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.