Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DASAR AIR DI NEGERI KEDAH DIBAWAH KUASA PUAT

Salam

JAMAAH MENTERI TELAH MELULUSKAN TAKRIF KENAIKAN AIR BARU DI NEGERI KEDAH

Takrif air Kedah adalah dibawah kuasa kerajaan pusat, kenaikan air Kedah yang baru yang telah menimbulkan kekecohan baru-baru ini telah ditetapkan oleh kerajaan Pusat yang mana jama'ah menteri pusat telah menetapkan supaya kerajaan negeri mengumumkan kenaikan harga air tersebut, jadi tidak timbul langsung kerajaan negeri suka-suka untuk menaikan harga air sebagaimana yang difahami oleh rakyat dinegeri Kedah

Persoalannya ialah Kerajaan Kedah tidak mengumumkan kepada rakyat perjanjian air tersebut, apa mereka tahu bekalan air adalah dibawah kuasa kerajaan negeri, oleh  kerana itu berlaku tunjuk perasaan dari kalangan ahli Pas yang membuat tunjuk perasaan yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri tentang  harga kenaikan air di negeri tersebut, mungkin juga perjanjian yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan pusat itu satu rahsia kerajaan kepada umum

Andainya andaian ini benar maka sebenarnya ia adalah satu perangkap kepada kerajaan negeri dari kerajaan pusat kerana setiap kenaikan air maka kerajaan negerilah yang menanggung kritikan daripada rakyat dan ia menunjukkan kelemahan kerajaan negeri untuk memberi kebajikan  kepada rakyatnya dan isu ini adalah dianggap sebagai modal politik kerajaan pusat untuk memerangkap kerajaan negeri dan rakyat pula buta dengan perjanjian ini lalu mereka menuding jari kepada kerajaan negeri

Nampaknya kerajaan Pakatan Rakyat belum lagi banyak fahan tentang teknik sesuatu rahsia yang memerangkap mereka kerana itu kerajaan Pakatan Rakyat perlu mendedahkan apa juga perjanjian yang dianggap rahsia diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya mereka tidak dipolitikkan dengan berbagai perjanjian yang akhirnya menunjukkan kelemahan pentadbiran mereka, kerana merekalah yang akan menanggung resikonya dan moral mereka akan jatuh dimata rakyat

Dalam isu air di Kedah maka kerajaan negeri patut mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri yang dahulu jika terdapat penyelewengan  supaya mereka jangan lagi mendukung biyawak hidup yang menyusahkan pentadbiran mereka, nanti kerajaan negeri akan dituduh tidak tahu mentadbir negeri sebab tidak dapat hendak menyelesaikan masalah yang kecil sedangkan mereka memerintah negeri dan ini akan menjadi modal politik yang besar kepada kerajaan pusat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.