Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGUJI FIKIRAN RAKYAT SABAH ....

Salam

MENGUJI RAKYAT SABAH PADA PILIHANRAYA KECIL BATU SAPI DAN PELAN TAWAN SABAH OLEH PAKATAN RAKYAT

Pilihanraya kecil Parlimen Sabah di Batu Sapi kali ini benar-benar menguji pikiran rakyat Sabah dan parti-parti yang bertanding disana, pertandingan 3 penjuru yang sedang berlangsung antara PKR,BN/UMNO dan SAPP dapat dinilai melalui pilihanraya kecil ini

Bagi SAPP yang diminta oleh Anuar Ibrahim supaya memberi laluan kepada parti itu bagi mewakili Pakatan Rakyat ternyata gagal kerana mungkin SAPP mahu melihat pengaruh partinya masih lagi kuat ataupun sebaliknya di Sabah dengan motto Sabah untuk rakyat Sabah, andainya parti itu ditolak oleh rakyat Sabah maka mungkin SAPP akan bungkus atau mungkin juga SAPP akan menyertai  Pakatan Rakyat selepas pilihanraya nanti

Bagi parti BN/UMNO andainya dia kalah maka nasibnya sama seperti SAPP, namun jika mereka masih menang maka mereka tiada kejutan kepada rakyat Sabah kerana ia dianggap macam biasa sahaja iaitu hidup segan mati tidak mahu ibarat orang yang terkena santau yang matinya lambat, tapi pertanda-pertanda akan mati cepat sudah ada alamatnya apabila mereka bercakaran sesama sendiri semasa penamaan calon hari ini disebabkan masalah calon yang dikemukakan, ada pertanda awak BN akan kalah kali ini

Bagi PKR pula kali ini mereka akan mencuba nasib bagi kali pertama bagi mewakili Pakatan Rakyat, jika ditinjau perkembangan mutakhir di Sabah maka potensi besar dan satu kejutan akan berlaku disana, andainya PKR boleh menang maka BN/UMNO  akan tumbang disana pada PRU 13 nanti, mungkin inilah yang dirancang untuk Pakatan Rakyat dalam usha Pelan Tawan Sabah, andainya pemikiran rakyat Sabah yang berketurunan cina disana mengikut Semenanjung maka PKR akan menang mengejut dan Pakatan Rakyat akan menawan Sabah pada PRU 13 nanti
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.