DIKATAKAN UMNO PULAU PINANG LEBIH ARIF TENTANG HUKUM HALAL DAN HARAM
Jika hukum haram itu adalah haram maka hukum halal itu juga sama iaitu hukum halal itu adalah halal, yang haram itu tidak boleh dilakukan kerana ia berdosa apabila dilakukan, demikian juga dengan yang halal itu hendaklah diamalkan dan yang haram hendaklah dijauhi
Di Negara Malaysia yang dikatakan negara islam contoh bagi umat islam dunia tentunya ia mempunyai hukum halal dan haram yang lengkap dan canggih, sebab itu rakyat dinegara ini tidak ada masalah tentang hukum haram ataupun halal dan mereka mudah untuk mengenalnya
Sebagai contoh yang paling betul ialah tentang judi, judi di Malaysia sebenarnya tidak ada yang haram kerana mereka ada kebenaran dari kerajaan,, jadi mana-mana ada kebenaran itu adalah dikira halal dan polispun tidak tangkap mereka sama ada orang yang berjudi atau orang yang berniaga judi, sebab itu apa-apa yang berupa judi akan tetapi mereka ada lesen maka ia dikira halal, ini bukan fatwa baru akan tetapi ia adalah amalan yang ada di negara islam contoh seperti Malaysia
0 orang berkata:
Post a Comment