Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ASAKAN BN/UMNO TERHADAP PR

Salam

BERJUMPA LAGI

BN/UMNO MENYERANG PR KETIKA MENJELANG PILIHANRAYA KECIL DAN PEMILIHAN PARTI

Apabila PR sedang menghadapi pemilihan parti  dan pilihanraya kecil maka serangan UMNO nampaknya bertambah hebat, ditambah lagi dengan kes Dato Sri Anyar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas isu moral pribadinya, apa yang hampir pasti ialah Anuar dalam keadaan tertekan

Pak Karamu nampak apa yang sepatutnya dilakukan oleh PR ialah mengurangkan kenyataan yang boleh mendatangkan mudharat kepada parti PR kerana BN/UMNO sedang dan sentiasa mencari kelemahan PR  terutama dalam masalah moral setiap pimpinannya

Masalah didalam PKR nampaknya menjadi tumpuan BN/UMNO kerana pada parti itu banyak masalah pimpinannya yang kurang bijak menangani isu  politik dan pribadi sesama mereka didalam parti tersebut sehinggakan menjadi modal BN/UMNO untuk menyerang mereka yang dideritai juga oleh kawan didalam PR

Masalah Pas pula kerana ada diantara pimpinanya yang meniru cara DAP berpolitik, misalnya kenyataan yang mengatakan Pas akan kalah di Galas, kenyataan ini sepatutnya tidak keluar kerana ia boleh melemahkan semangat orang-orang melayu tetapi tidak untuk orang cina kerana orang cina berpolitik lebih advance dari kaum melayu

Orang cina apabila kita katakan bahawa kaum itu tidak akan menyokong PR maka ia akan berlaku disebaliknya, itulah pengelaman Pak Karamu semasa menjadi calon dahulu namun orang melayu apabila kita katakan bahawa kita sukar untuk menang maka mereka akan tawar hati dan terus menyokong BN/UMNO sebab takut nanti mereka akan dianak tirikan atau dipulaukan juga sukar untuk dapat bantuan

Masalah DAP nampaknya kurang menghadapi resiko yang tinggi sesama mereka namun mereka banyak  menghadapi fitnah dari BN/UMNO yang akhirnya mereka akan memenangi fitnah tersebut pada akhirnya, oleh yang demikian pimpinan parti PR perlu berhati-hati apabila membuat kenyataan terutama adalam menghadapi masalah sesama sendiri

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.