Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Anwar yakin PAS kekal di Pakatan Rakyat

May 03, 2011

PETALING JAYA, 3 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan PAS dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diharapkan oleh Umno dan BN.

Sambil menyifatkan cadangan Umno sebagai usaha terdesak, Anwar (gambar) berkata, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal bersama Pakatan Rakyat daripada menyertai BN.

“Isu ini tidak berbangkit, ia adalah usaha terdesak yang dilakukan Umno... Umno terdesak dan kita yakin dengan kepimpinan PAS dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya letakkan kepercayaan penuh, usaha dilakukan Umno itu adalah untuk melaga-lagakan PAS, PKR dan DAP, namun ia tidak akan berlaku,” kata beliau pada sidang media di sini.

Hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Beliau mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka Bagaimanapun Hadi dan pemimpin-pemimpinan kana menolak pelawaan tersebut.

Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, fokus utama adalah merangka strategi besar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Setiap dua minggu kita akan berjumpa untuk merangka strategi besar hadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana ia juga akan membincangkan mengenai persediaan Pakatan Rakyat dan dasar bersama kita.

“Selain itu, dalam mesyuarat hari ini kita juga menyentuh soal projek Lynas Corporation, yang mana isu ini telah menjadi isu nasional dan antarabangsa... selain kurang ketelusan dan keputusan berbeza yang dikeluarkan... kita desak kerajaan supaya batalkan projek ini,” katanya.

Sementara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan Buku Jingga sebagai alternatif untuk rakyat selepas BN gagal melaksanakan sepanjang 53 tahun ia memerintah.

“Kita bergantung kepada Buku Jingga, yang akan kita gunakan sebagai alternatif untuk menangani isu rakyat walaupun kita disekat melalui media, namun kita percaya ia boleh disampaikan, 

katanya.Tambah Anwar, setakat ini respons yang diberikan rakyat berhubung Buku Jingga amat memberangsangkan.

“Rakyat terima baik Buku Jingga ini walaupun kerajaan memfitnah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara dan kawasan ceramah di halang polis,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.