Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Enam siswa lepas tindakan tatatertib UM

Mei 26, 11 12:50pm

Seramai enam pelajar lepas daripada tindakan tatatertib Universiti Malaya (UM) bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) setelah dibicarakan atas pelbagai pertuduhan.

Lima mahasiswa dibebaskan kerana kesalahannya tidak dapat dibuktikan manakala seorang digugurkan pertuduhan kerana tamat pengajian dan bukan lagi menjadi penuntut universiti itu.

NONEBagaimanapun, menurut Izzuddin Hilmi Mohd Zaini (kanan) -- antara yang dibebaskan -- dua orang didenda RM200 dan diberikan amaran keras manakala sembilan lagi hanya dikenakan amaran awal.

"Alhamdulillah, setelah semuanya dibaca dan disoal jawab, saya dan rakan-rakan dengan lindungan Allah telah dibuktikan 'tidak layak' untuk disabitkan kesalahan di bawah AUKU," katanya.

Perbicaraan kes itu berlangsung semalam daripada jam 2 petang sehingga menjelang malam.

Mereka dibicarakan di hadapan barisan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM di bilik mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti itu.

Sesi tersebut sebelum ini telah ditangguhkan dua kali pada 20 dan 23 Mei 2011.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.