Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SELAGI UMNO MASIH MEMERINTAH SELAGI ITU FITNAH BERJALAN TERUS


  Sumber Roketkini.com

25 MEI Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagaimana yang dipetik oleh laporan Bernama semalam, “mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang”.

Tidak ada salahnya kenyataan sedemikian kerana DAP sebagai parti yang menjunjung kebebasan bersuara sentiasa terbuka dalam menerima kritikan.


Yang menjadi masalah ialah apabila Timbalan Presiden UMNO itu dipetik sebagai berkata “Tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu. Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis. Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik.” Muhyiddin: DAP parti cauvinis
Dengan hentam keromo, beliau menggunakan istilah “cauvinis” yang antara maksudnya semangat berpuak yang keterlaluan atau assabiyah dalam bahasa Arab yang bermaksud fanatik terhadap kaum atau puak sendiri dalam membenarkan kezaliman.


Tidak ada sebarang bukti jelas untuk menunjukkan DAP sebagai parti pelbagai kuam adalah parti cauvinis. Yang jelas UMNO, MCA dan MIC adalah parti-parti kaum (di mana kaum lain dilarang menyertai parti itu) yang boleh dianggap sebagai parti cauvinis, mengikut tafsiran Muhyiddin.


Dalam desakan dan tuntutan UMNO melalui gagasan Ketuanan Melayu serta penggunaan media arus perdana untuk menakut-nakutkan rakyat, boleh dinilai siapa yang “cauvinis” dalam erti kata sebenar. Muhyddin: DAP tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum ini


Jelas Muhyiddin menganggap rakyat, khususnya orang Melayu buta sejarah dan akan percaya bulat-bulat fitnah itu, kerana DAP sejak penubuhannya pada 1966 bukan sahaja telah meletakkan calon-calon Melayu dan kaum-kaum lain tetapi juga para perwakilan telah banyak kali memilih pemimpin Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Pusat parti.


Sebagai contoh, Haji Ibrahim Singgeh pernah menjadi wakil rakyat DAP bagi kawasan DUN Tapah Road (sekarang Air Kuning) di Perak pada pilihan raya 1969. Allahyarham juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP. Calon wanita Melayu DAP Zaharah Ibrahim juga pernah bertanding melawan Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi bagi Dun Kenering walau pun tewas.


Antara nama-nama besar pemimpin Melayu DAP adalah Mohd Nor Jettey sebagai antara mereka yang terawal bersama parti, Daing Ibrahim Othman, Salleh Nakhoda, Fadzlan Yahya, Mohd Asri Othman, Ahmad Nor, Ahmad Ton, Tunku Abdul Aziz dan ramai lagi.


Muhyiddin: DAP tak pernah memperjuangkan (hak) Melayu, malah hanya mempertikaikan (dasar membantu orang Melayu)


Tanpa perlu menghurai panjang tuduhan-tuduhan seperti itu yang dimulakan sejak 1966 lagi, pendirian DAP ialah memperjuangkan hak semua kaum termasuk Melayu dan DAP hanya mempertikaikan dasar-dasar yang membantu pemimpin dan kroni-kroni UMNO. DAP tidak rela melihat Melayu (dan kaum-kaum lain) diperdaya oleh para pemimpin mereka yang sendiri yang meniupkan semboyan kaum tetapi membolot hak dan kekayaan untuk diri dan keluarga mereka sahaja.


Secebis kenangan, Lim Guan Eng terpaksa merengkok di penjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu yang didakwa dianiaya oleh seorang pemimpin UMNO. Adakah itu caranya UMNO memperjuangkan Melayu atau apa ertinya pengorbanan Guan Eng yang memilih landasan politik keadilan untuk semua kaum?


Muhyiddin: DAP adalah sebuah parti perkauman berbanding parti-parti lain, “ada rekod dan sejarahnya, memang begitulah”



DAP tidak memperjuangkan ketuanan kaum, DAP tidak berat sebelah pada mana-mana kaum dan DAP tidak mendiskriminasikan mana-mana kaum atau individu berasaskan warna kulit atau kepercayaan agama. Semuanya jelas dalam Perlembagaan DAP yang menjadi amalan politik setiap anggota parti.


Dalam soal “sejarah”, penguasaan UMNO dan BN menyebabkan “sejarah” di negara ini ditulis mengikut kehendak kerajaan pusat, dan tiada ruang media bebas dibuka untuk perbincangan serius yang berasaskan fakta dan maklumat benar. Jika DAP adalah “parti perkauman”, bagaimana status dan amalan UMNO, MCA dan MIC yang jelas hanya mementingkan satu kaum sahaja, malah mengharamkan penyertaan ahli dari kaum-kaum lain.


Muhyiddin: “…sejarah telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan nasib semua kaum berbanding Barisan Nasional yang telah lama memperjuangkannya


Setiap rakyat prihatin ingin tahu di mana bukti-bukti sejarah dari semua pihak dan semua peringkat untuk membuktikan dakwaan yang dibuat secara sembarangan itu. Jika “sejarah” ditulis mengikut propaganda sendiri untuk memburukkan orang lain, maka itu tidak layak dijadikan bahan bukti.


Dengan adanya negeri-negeri Pakatan sekarang, rakyat boleh menilai sendiri prestasi amalan cekap, telus dan akauntabel DAP bersama PAS dan PKR dalam pentadbiran bersih di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang menjaga kebajikan semua kaum.


Rakyat mampu menilai sama ada pentadbiran dan penjagaan kebajikan rakyat di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang itu adalah lebih baik, atau lebih buruk atau setara dengan Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang berada di bawah pemerintahan BN. – Roketkini.com
Muhyiddin tak ada standard
KUALA LUMPUR 25 MEI – Amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP menunjukkan beliau langsung tidak berwibawa, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, kenyataan itu ternyata satu pembohongan, langsung menunjukkan betapa tidak berilmunya Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Pada 24 Mei lalu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran agar Melayu tidak terperangkap dengan hajat besar DAP yang kononnya mahu memerintah Malaysia.

Kit Siang menjelaskan sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969, DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang.

“Ini adalah bukti kukuh bahawa kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang langsung tak ada standard dan tak ada class,” tegas Kit Siang.

Beliau turut mencabar Muhyiddin dan Zahid  menamakan ahli parlimen atau menteri UMNO sekarang ini yang sanggup menyuarakan kebenaran sehingga disumbat ke dalam penjara untuk mempertahankan kebenaran kaum Melayu, seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP.

Kit Siang juga menggesa agar semua rakyat Malaysia menyoal kembali sebahagian pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membabi-buta tanpa fakta sahih.

“Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain patut menyoal kenapa pemimpin UMNO seperti Muhyiddin dan Zahid Hamidi takut dengan usaha DAP untuk mendapat sokongan Melayu,” katanya. – Roketkini.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.