Tiga penjuru perlumbaan jawatan Timbalan Presiden PAS semakin dirancakkan dengan tujuh penjuru perlumbaan dalam jawatan Naib Presiden. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan yang perlukan sokongan lain.
Dichotomia diantara ulama-professional-aktivis dalam pemilihan pemimpin hanya memperlihatkan pola pemikiran yang sakit. Lebih sakit dengan dichotomia yang berasaskan kaum, wilayah ataupun kelas.
Dichotomia diantara ulama-professional-aktivis dalam pemilihan pemimpin hanya memperlihatkan pola pemikiran yang sakit. Lebih sakit dengan dichotomia yang berasaskan kaum, wilayah ataupun kelas.
Kesakitan ini semakin menjadi-jadi menjelang hari-hari Muktamar yang begini: Muktamar Pemilihan. Ahli dan perwakilan dipersembahkan metos pemikiran yang karut.
Jauh dari semangat organisasi yang berkesan. Apatah lagi jika ingin disandarkan dengan nilai kepimpinan sebagai sebuah gerakan siasah-dakwah Islam, Seharusnya yang menjadi ukuran dalam memilih pemimpin ialah kebolehan (abiliti) memimpin.
Pemimpin mesti memilih kebolehan untuk merangsang, menginspirasi dan menunjuk jalan. Jubah atau coat bukanlah simbol untuk pemimpin yang baik. Ia mungkin seorang yang baik. Ia baik untuk dirinya. Belum tentu pada partinya ataupun negaranya.
Ulasan
Dalam pucuk pimpinan PAS semuanya tidak sebulu, mereka merasakan setiap diri mempunyai kelebihan masing-masing untuk memajukan PAS, atau mentarbiyah ahli, atau mengembangkan pengaruh PAS dikalangan rakyat, sebenarnya usha PAS masih lagi belum mencapai matlamatnya, ianya dianggap masih jauh
Pas di kenali orang adalah semasa pilihanraya, semasa berada didalam Pakatan Rakyat dan semasa Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dihebahkan, cerita Pas hanya dipopularkan apabila ia dikaitkan dengan kumpulan lain atau kerana istiqamahnya dalam perjuangan, itu saja tapi kepimpinan mereka untuk menerangkan dasar belum lagi tercapai ini kerana kegarangan pimpinannya belum terserlah
Pas masih diperingkat mengkaji apa harapan rakyat terhadap mereka dan apa harapan Pas terhadap rakyat, rasanya inilah pokoknya yang sepatutnya dikaji dan dilaksanakan dengan membuktikan kepada umum, kerana umum tidak tahu kebolehan setiap pimpinan didalam Pas sama ada mereka aktif ataupun tidak, mereka hanya diserlahkan apabila ada pertandingan
Sekarang pimpinan Pas sedang dinilai melalui muktamarnya terutama bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, ramai yang kurang fahan apa kebolehan Mat Sabu, Tuan Ibrahim tuan Man dan Nasaruddin dalam mengembangkan pengaruh diri mereka kepada masyarakat Pas dan juga kepada umum, jika ini dinilai maka umum akan tahu dan perwakilan akan faham siapa yang akan mereka pilih untuk duduk sebagai timbalan Presiden parti tersebut
0 orang berkata:
Post a Comment