Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Kerugian RM19 bilion: Lim Guan Eng tuduh BN membohong dan mengarut

| May 25, 2011 05:38:06 pm


 
DAP melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang diberikan kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB setiap tahun adalah bukan dalam bentuk subsidi.  Peter Chin berkata RM19 bilion kerugian dari Petronas untuk penjualan gas pada harga RM10.70 setiap juta unit Termal British (MMBtu) iaitu satu perempat dari harga pasaran RM40 per MMBtu.  Penafian BN bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas disebabkan penjualan gas di bawah harga pasaran kepada IPP dan TNB yang bukan dalam bentuk subsidi merupakan pembohongan yang dilakukan oleh BN.

Perkara ini sama dengan kenyataan BN bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisen untuk mengatur pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.  Perkara ini sangat mengarut kepada Perimaker untuk diberikan kontrak dalam menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi selama enam tahun walaupun tidak mempunyai rekod atau pengalaman dalam menguruskan urusan kapal selam.

Sekiranya kerugian RM19 bilion setiap tahun oleh Petronas diberikan kepada IPP dan TNB itu adalah bukan dalam bentuk subsidi jadi apa istilah yang betul untuk gambaran kerugian ini?  Kuasa yang dijana oleh IPP memenuhi 60% daripada keperluan elektrik Negara manakala TNB memenuhi 40%.  Ini menunjukkan bahawa IPP memperolehi lebih banyak manfaat dari RM19 bilion itu.

Jikalau Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.  Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin (gambar kanan) dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?

Ini adalah ketidakadilan yang lampau apabila hanya meningkatkan harga yang dibayar oleh rakyat Malaysia biasa tetapi tidak meningkatkan harga yang dibayar oleh syarikat kaya.  Pemberian RM19 bilion setahun membolehkan IPP memperolehi keuntungan berbilion-billion ringgit.  Dari memastikan ketidakadilan dengan memastikan harga yang meningkat adalah kepada syarikat besar dan bukan kepada rakyat Malaysia biasa, BN telah mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk membiayai subsidi kepada rakyat Malaysia biasa.

Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun PR pasti dapat melakukannya sekiranya PR mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.  Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini.  Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta-juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil.  Semua ini tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB.  Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.  Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.