Umno Pulau Pinang yang begitu prihatin akan wang subhat menghasut orang Melayu negeri itu agar memulangkan wang ehsan RM100 pemberian kerajaan negeri kepada warga emas. Dakwa Umno, wang itu adalah hasil judi dan haram dimakan. Kerajaan negeri menafikan, sebaliknya menjelaskan bahawa ia dari sumber jimat cermat kerajaan negeri. Wang dari hasil judi memang ada, tapi bukan digunakan sebagai wang ehsan untuk umat Islam.
Gambar :(Pengerusi DHPP Kedah (duduk kiri) Tan Weng Fatt dan Setiausaha DHPPK William Eng (kanan) menunjukkan laporan akhbar berbahasa yang berhubung tindakan MCA memulangkan wang sumbangan kerajaan negeri untuk bayaran bil elektrik)
Umno mendesak rakyat supaya jangan percaya cakap kerajaan negeri walau apa pun yang diberitahu kerana mereka DAP. Dan bagi Umno DAP adalah musuh orang Melayu/Islam. Segelintir orang tua yang tidak tahu apa-apa terpedaya dengan muslihat Umno lalu memulangkan balik wang ehsan. Khabarnya, wang yang dikutip Umno itu tidak sampai kepada kerajaan negeri, ke mana ia menghilang hanya Umno saja yang mengetahui.
Perangai buruk Umno Pulau Pinang itu rupanya berjangkit pada MCA negeri Kedah. Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min, Sungai Petani Datuk Beh Heng Tiong telah mengadakan satu majlis memulangkan wang sumbangan kerajaan negeri Kedah yang dihulurkan untuk membantu sekolah tersebut.
Masyarakat Cina di negara ini biasanya mengasingkan antara politik dan kepentingan pendidikan. Tetapi sejak kehilangan sokongan majority orang Cina, MCA jadi tidak keruan. Mereka mula meniru perangai Umno yang mengeksploit apa saja isu yang melintas di hadapan mata.
Beh Heng Tiong yang merupakan orang kuat MCA Kedah itu tanpa segan silu telah mengeksploit isu berkaitan sekolah Cina demi kepentingan politik sempit MCA dan BN.
Kisah bermula dengan permintaan Persatuan Pengelola Sekolah-Sekolah Cina Negeri Kedah terhadap kerajaan negeri supaya membantu mereka menjelaskan bil elektrik dan air yang tertunggak serta tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.
Menurut persatuan tersebut, setelah dirujuk kepada TNB, sebanyak 42 buah sekolah bantuan modal di bawah pengurusan mereka tertunggak bayaran elektrik sebanyak RM227 ribu. Mereka menerima ancaman dari TNB untuk dipotong bekalan jika tunggakan yang banyak itu tidak dijelaskan. Persatuan meminta supaya sekolah jangan menjelaskan dulu tunggakan bayaran kepada TNB sehingga persatuan berjaya mendapatkan sumbangan dari kerajaan negeri.
Kerajaan negeri dengan mudahnya meluluskan permohonan mereka, namun dalam waktu yang sama sebahagaian sekolah yang mempunyai kemampuan dan takut kepada tindakan pemotongan bekalan oleh TNB telah menjelaskannya. Bagaimanapun sebahagaian besar dari sekolah tersebut patuh kepada arahan Persatuan supaya tidak menjelaskan bayaran tertunggak sehingga mendapat sumbangan dari kerajaan negeri.
Apabila Persatuan Pengelola Sekolah-sekolah Cina mendapatkan semula jumlah tunggakan yang tepat dari TNB dengan tujuan untuk menjelaskannya, maka jumlahnya berkurang sedikit menjadi RM199,700. Maka Persatuan pun menjelaskan kesemua bayarannya kepada TNB melalui pemberian RM200 ribu oleh kerajaan negeri, berdasarkan jumlah tunggakan terakhir yang dikeluarkan TNB.
SRJKC Sin Min Sungai Petani adalah antara sekolah yang ‘takutkan’ TNB daripada mendengar arahan persatuan supaya jangan bayar dulu. Sekolah tersebut menjelaskan RM12 ribu sehingga baki tungakan tinggal RM1,933 sahaja. Berdasarkan rekod tersebut maka persatuan pun membayar tunggakan RM1,933 itu.
Datuk Beh Heng Tiong tiba-tiba menuntut persatuan membayar balik RM12 ribu kepada sekolah, jumlah tunggakan yang telah dijelaskan oleh mereka sebelum itu. Persatuan enggan berbuat demikian kerana sekolah itu sengaja tidak mengikut arahan mereka dan seolah-olah sengaja mahu menyusahkan persatuan dan kerajaan.
Maka perangai Umno Pulau Pinang pun dituruti, orang kuat MCA itu (Datuk Beh) memanggil media untuk majlis penyerahan kembali wang sumbangan negeri sebanyak RM1,933. Niat mereka adalah untuk memalukan kerajaan negeri, walhal hakikatnya tindakan kebudak-budakan mereka telah mendapat tempelakan dari sebahagian besar masyarakat Cina negeri ini.
Dewan Himpunan Penyokong PAS Kedah paling ke hadapan mengecam tindakan juak MCA Kedah itu. Mereka memanggil sidang media menyifatkan tindakan orang kuat MCA Kedah tidak bertanggungjawab dan menjadikan institusi pelajaran sebagai batu loncatan untuk mencari keuntungan politik.
“Kerajaan Pusat pernah mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus kepada pesalah trafik, tetapi tidak pula memulangkan wang 50 peratus kepada pesalah yang menjelaskan sebelum dari diskaun diumumkan, mengapa MCA tidak tuntut bagi pihak rakyat?” bidas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kedah, Tan Weng Fatt penuh sinis. Tamsilannya sama dengan isu sumbangan kerajaan negeri untuk membantu bil elektrik yang tertunggak.
Kemunculan SRJK Cina Sin Min sebagai ‘hero’ (atau lebih tepat dipanggil ‘crook’) di tengah-tengah berpuluh sekolah lain yang menerima bantuan dengan rasa penghargaan terhadap kerajaan negeri mengingatkan kita kepada UUM yang beriya-iya mendesak cukai tanah dikurangkan, walhal tiada satu pun IPTA lain di negara ini yang berbuat demikian.
Biasalah dalam mana-mana institusi ilmu di negara ini, ada juga tersesat satu dua tempat pengajian yang boleh dijadikan alat politik BN.

0 orang berkata:
Post a Comment