Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Harga Minyak Naik Lagi ??? Minyak Malaysia Vs Arab Saudi ???

Assalamulaikum dan selamat malam kepada para pembaca Milo Ais.

Isu tergempar dan terkini ialah kenaikkan minyak Ron 97 yang akan dijual pada harga baru iaitu RM2.90 seliter.Memang mengejutkan rakyat,tiap-tiap tahun ada je hadiah dari kerajaan Malaysia untuk rakyatnya.Siapa yang akan susah ??? Rakyat atau para Pak Menteri ???

Adus !!!! mengapa hadiah kenaikkan minyak sentiasa diberikan kepada rakyat tanpa kerelaan?? Kami sebagai rakyat tidak memerlukan hadiah yang sebegini rupa.Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.Benarkah hal ini berlaku??? Mengapa hal ini terjadi di sebuah negara yang mempunyai telaga minyak??? Memang menyusahkan rakyat…

Minyak Malaysia VS Minyak Arab Saudi

Selama hampir 3 tahun Milo Ais berada di Arab saudi,tidak pernah harga minyak naik walaupun 1 sen..Umum mengetahui bahawa Arab Saudi juga di antara pengeluar minyak terbesar di dunia.Namun begitu,kerajaannya mengambil berat dan prihatin terhadap kebajikan rakyatnya.

Berbeza dengan Malaysia,hadiah kenaikkan minyak tiap-tiap tahun diberikan kepada rakyat.Prihatinkah kerajaan kita kepada rakyat??? Minyak naik,harga gula naik dan semua barang-barang keperluan naik..Rakyat juga yang sengsara.Mengapa kita masih mengekalkan kerajaan yang menyusahkan rakyat??? Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. 

Korang tengoklah perbandingan minyak dan kenaikkan harga tiap-tiap tahun di negara kita….Fikir-fikirlah ape yang patut dilakukan PRU 13 nanti…


Milo Ais pun naik angin juga tengok harga minyak naik.Sakit hati betul….Ntahla mungkin ada lagi rakyat Malaysia yang gembira dengan hadiah yang sangat menarik ni..Hampeh betul… =(

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.