Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETAKAT MANA PELUANG BN DI SELANGOR?

Najib Tun Razak
Minggu lepas, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin, ahli-ahli dan penyokong Barisan Nasional membantu memenangkan parti itu dalam PRU13. Maka, beberapa orang pemimpin politik pembangkang melompat dengan kenyataan tersebut dan cuba menggambarkan Najib mengarahkan BN untuk menang dengan cara yang tidak sah. 
 
Saya sebutkan "beberapa orang" kerana jumlahnya terlalu kecil. Sebahagian besar, termasuklah beberapa orang pemimpin pembangkang yang sering berhubung dengan saya menyatakan bahawa harapan Najib itu bukanlah di luar jangkauan (it is not out of reach).

Banyak isu antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat Selangor kini bagaikan api dalam sekam dan belum diselesaikan. Selain itu, Pakatan Rakyat Selangor yang kini diterajui oleh PKR dan didominasikan oleh DAP akan dinilai bukan sebagai pembangkang (seperti pilihanraya lepas) tetapi sebagai kerajaan. Sementara, pada masa yang sama saya lihat BN Selangor sudah mula menyusun strategi dan membina kekuatan baru - sesuatu yang hilang beberapa tahun selepas kehilangan negeri itu dalam pilihanraya umum lepas.

Pada masa ini saya tidak berhajat untuk mengulas isu-isu yang saya sebutkan di atas secara terperinci. Masa untuk kita mengadakan pilihanraya umum masih jauh. Paling kurang, satu tahun dari sekarang. Apabila tiba masanya, nanti saya huraikan secara terperinci. Adakah BN sudah terlalu kuat untuk mengambilalih Selangor? Belum. Adakah Pakatan Rakyat menjadi semakin kuat untuk mempertahankan Selangor? Tidak.

Setakat manakah peluang BN untuk menang di Selangor? Wah, ini soalan cepumas. Beginilah. Biar saya katakan bahawa 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN adalah dalam jangkauan (within reach).

Tak setuju? Tak mengapalah. Saya faham kadang-kadang warna politik menggagalkan kita untuk melihat warna-warna pelangi yang ada di hati rakyat. Sewaktu pilihanraya negeri Sarawak dulu, saya ramalkan BN tewas 13 kerusi. Rupa-rupanya, BN tewas 16 kerusi.

Ramalan saya tak tepat, tetapi salah pun tak jauh sangat!
NOBISHA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.