Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SPR: Tiada pendatang asing didaftar sebagai pemilih

Mei 23, 11 8:50pm
 
Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan 
dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi 
Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, semasa proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang 
Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan
'Agency Link-Up System' (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan,
akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.

Bercakap dalam satu dalam satu temubual khas di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini beliau 
berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada
akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya
mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping 
mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi.

Abdul Aziz berkata tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan sahaja 
menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka
yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu.

Katanya jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, 
beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap 
dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti 
kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai 
pemilih," katanya.

Mengenai pendaftaran polis sebagai pengundi pos dan juga pengundi awam, Abdul Aziz berkata 
permohonan untuk mendaftar nama sebagai pemilih pos bagi anggota polis dibuat di Ibu Pejabat 
Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman, Ibupejabat Polis Kontinjen dan Daerah, di tempat anggota 
itu bertugas.

Katanya tapisan yang ketat dibuat ke atas permohonan anggota polis dengan mengikut catatan 
nombor kad pengenalan awam mereka dan SPR pasti akan dapat mengesan jika berlaku 
pendaftaran berganda.

Abdul Aziz berkata SPR juga menjalin kerjasama pintar dengan pihak polis dan tentera 
untuk membantu SPR membersihkan nama-nama pengundi dengan mengadakan mesyuarat 
sekurang-kurangnya sebulan sekali, dan proses pembersihan termasuk berkaitan pertukaran 
daripada pengundi pos kepada pengundi awam.

Mengenai dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya perpindahan nama pengundi ke tempat 
lain berlaku tanpa permohonan dibuat oleh pemohon itu sendiri, Abdul Aziz berkata ia tidak
boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana perubahan tempat mengundi hanya 
boleh dilakukan oleh pemilih itu sendiri dan perkara itu termaktub dalam Perlembagaan 
Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya.

"Kemukakan kepada SPR (jika ada) senarai orang yang dipindahkan ke tempat jauh oleh 
pihak lain dan bukan oleh pemohon itu sendiri, jangan cakap sahaja," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.