Dr M pertahan PKFZ, kata pengambilalihan secara paksa buat beliau tidak popular
October 08, 2012
KUALA LUMPUR, 8 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersetuju dengan
pengambilalihan tanah secara paksa ke atas projek Zon Bebas Pelabuhan
Kelang (PKFZ), walaupun beliau tahu cara itu dapat menyelamatkan wang
kerajaan.
Beliau berkata, amalan pengambilan secara paksa itu akan membuatkan
dirinya menjadi ahli politik yang tidak popular, kata bekas perdana
menteri itu ketika menjadi saksi kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun
Dr Ling Liong Sik yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet dalam
pembelian tanah untuk projek PKFZ.
“Tidak, selalunya apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah,
nilainya diletakkan sangat rendah kerana pegawai kerajaan mahu membantu
kerajaan untuk menjimatkan wang,” kata Dr Mahathir selepas menjawab
soalan dari peguambela Wong Kian Kheong.
“Sebagai ahli politik yang bergantung kepada populariti, saya tidak
menggemari untuk membeli tanah dengan nilai yang diberikan oleh
kerajaan. Ini akan membuatkan saya tidak popular dan status saya
bergantung kepada populariti saya,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga ditanya oleh Wong adakah beliau akan mengambilalih
secara paksa semasa beliau menjadi perdana menteri, menteri kewangan dan
menteri tugas-tugas khas.
Dr Mahathir memberitahu Wong bahawa kerajaan mahu mengambilalih secara paksa pada tahun 2002.
Bekas Perdana Menteri itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia atau
mana-mana menteri kabinet tidak membuat aduan polis ketika Kabinet
ditipu apabila meluluskan projek PKFZ.
Beliau juga memberitahu pegawai polis memberitahunya jika penyiasat
bertanya kepada dirinya, Dr Ling tidak akan dikenakan sebarang dakwaan
melakukan jenayah.
Dr Ling, yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun dari
Januari 1986 hingga Mei 2003, didakwa menipu Kabinet dengan meluluskan
pembelian tanah seluas 999.5 ekar untuk projek PKFZ, yang mengakibatkan
kerugian kepada kerajaan.
Projek yang pada mulanya bernilai RM1.1 billion pada tahun 1997, telah meningkat menjadi RM4.6 billion pada 2007.
Menurut firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) berkata pada tahun
2009, kos projek tersebut kadar faedah dari pembayaran hutang boleh
mencecah RM12.5 billion.
Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa ke mahkamah termasuk
bekas presiden MCA, Dr Ling dan pengganti beliau sebagai menteri
pengangkutan, bekas timbalan presiden Tan Sri Chan Kong Choy.
Kedua-duanya dituduh menipu kepada Kabinet. Dr Ling juga menghadapi dua tuduhan alternatif dengan dakwaan menipu
Kabinet dengan membeli tanah tersebut dengan harga RM25 per kaki persegi
termasuk 7.5 peratus kadar faedah — telah diketahui dan dipersetujui
oleh JPPH walaupun tidak ada sebarang perjanjian.
Beliau menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun, denda atau
keduanya jika didapati bersalah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan.
0 orang berkata:
Post a Comment