Sabtu, 27 Oktober 2012
Gaji Polis 2012 Perlu Semakan Semula. Gaji Akhir Lulusan DIPLOMA : Polis (RM4,480), Kakitangan Awam Biasa (RM5,730) & SPRM (RM6,121)!
Isu Gaji Polis Diraja Malaysia 2012
: Semalam kalangan ahli parlimen tidak kira daripada kalangan Barisan
Nasional mahupun Pakatan Rakyat ada membawakan isu ketidakadilan gaji polis 2012 dan juga soal kebajikan anggota polis yang ada sekarang….
Mereka
ini kerap kali berselisih pendapat di Dewan Rakyat mengenai beberapa
isu, tetapi adakalanya mereka ini boleh sepakat dan sebulat suara untuk
membawa beberapa isu bersama…
Permintaan Semakan Gaji Polis 2012 Supaya lebih Adil
Sekarang
ini apa yang kalangan anggota polis harapkan dan memohon kepada JPA
supaya diberikan keadilan dan diberikan hak yang sama rata dengan
perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain
serta ada semakan semula terhadap gaji polis 2012 yang ada sekarang in. Apa yang berlaku sekarang skim gaji polis 2012….kami berikan contoh :
Bagi lulusan Diploma, gaji akhirnya anggota polis lulusan ini ialah sebanyak RM4,480, gaji akhir anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan gaji SPRM RM6,121
Kalau
dilihat kepada angka-angka di atas ini dilihat tidak ada keseimbangan.
Yang menguatkan lagi permintaan anggota polis supaya dibuat semakan
semula gaji polis 2012 ini adalah kerana melihatkan perbandingan gaji
dengan negara-negara lain :
- gaji anggota polis di negara lain adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain berikutan pengiktirafan yang telah diberikan kepada pasukan penguatkuasa itu.
- gaji Ketua Polis Daerah (OCPD) lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah, (sedangkan) pengetua jaga sebuah sekolah manakala OCPD jaga sebuah daerah.
Jikalau kita dikatakan gaji polis 2012
(Polis Diraja Malaysia)yang ada ketika ini tidak setimpal, apatah lagi
nasib yang menimpa kakitangan Penjara pula yang menerima gaji terendah
dalam kalangan anggota pasukan seragam yang lain.
JPA
itu sendiri terdiri daripada kalangan PTD, mereka yang membuat dasar.
Sebelum ini agak kecoh dengan isu PTD ini senang naik pangkat, sedangkan
hanya berasal daripada aliran sastera sahaja. Jurutera nak naik pangkat
punya la susah, jawatan pula terhad.
Ya….kami
perlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem gaji di Malaysia
ketika melibatkan kakitangan awam. Ada sedikit canggung di situ yang
perlu dibuat semakan semula…Apa yang penting di sini, bukan pada
nilainya tetapi lebih adil kepada semua.
P/S : JPA terlalu lambat, bertahun-tahun, kadangkala empat hingga lima tahun baru boleh selesai.
PP/S : Jika gaji polis 2012 ada semakan semula, yang lain pun akan menuntut sama apa yang dikatakan sebagai “hak” mereka
1 orang berkata:
Emang bener gan perlu dikaji semula :)
Post a Comment