Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Letupan bom gagalkan gencatan senjata Syria

27 Oktober 2012
Syria
Kerajaan Syria dilaporkan bersetuju dengan gencatan senjata sempena Aidiladha. – Foto ihsan CNN
 
DAMSYIK - Tidak sampai beberapa jam selepas dikuatkuasakan, gencatan senjata di Syria, yang bermula awal pagi semalam, dipercayai telah gagal ekoran satu letupan bom kereta yang turut membunuh beberapa orang awam.

Gencatan senjata selama empat hari dijadual bermula semalam jam 6 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia) sempena sambutan Aidiladha.

Langkah itu diusahakan oleh Duta Khas PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi, dalam usaha mengakhiri konflik yang berlarutan selama 20 bulan di Syria, yang telah menyebabkan kira-kira 32,000 orang telah terbunuh sejak Mac 2011.

Bom meletup berhampiran taman permainan di kawasan penempatan di Daf al-Shouk, selatan Damsyik.

Angkatan tentera Syria mendakwa puak pemberontak yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad menyerang mereka.

Letupan bom pagi semalam telah membunuh dan mencederakan beberapa orang. Laporan
CNN menyebut kebanyakan yang mati merupakan kanak-kanak.

Kelmarin, kedua-dua pihak tentera kerajaan dan pemberontak berkata mereka hanya akan mematuhi gencatan senjata jika pihak lain menghormati.

Sehingga lewat petang semalam seramai 47 orang dilaporkan terbunuh di seluruh Syria.

Media kerajaan Syria dipetik berkata lima orang terbunuh dan 32 cedera.


Menurut laporan itu, insiden itu disebabkan
oleh "pengganas."

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.