SPR: Kami tidak sekat tempoh berkempen
27 Oktober 2012
Katanya, tiada alasan untuk mana-mana parti untuk terus berkempen selepas jam 12 malam hari terakhir tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak termasuk menggunakan media sosial.
"Perkara ini sudah lama dikuatkuasakan, dan jika semua parti politik dan calon yang bertanding faham akan undang-undang, isu ini tidak akan timbul," kata beliau.
"Larangan untuk tidak berkempen seperti ceramah dan sebagainya termasuklah juga berkempen melalui media sosial," kata Abdul Aziz kepada Sinar Harian Online.
Malah, beliau turut menangkis dakwaan sesetengah pihak menuduh SPR sebagai badan yang menyekat hak kebebasan bersuara para pengundi dan juga calon yang bakal bertanding pada PRU-13.
"Sebenarnya SPR tidak menyekat mereka ini untuk berkempen, kami hanya menguatkuasakan undang-undang yang telah menetapkan bahawa tiada sebarang kempen atau wujudnya peraih undi ketika proses pembuangan undi dijalankan," katanya.
Beliu turut menyelar beberapa parti politik yang masih berdegil untuk mengikut undang - undang yang telah ditetapkan.
"Pernah berlaku sebelum ini, masih ada lagi peraih undi ketika di pusat pembuangan undi... kenapa perlu lakukan sedemikan?
"Biarlah para pengundi menentukanya dan biarlah mereka mengundi dengan tenang tanpa ada sebarang kekacauan mahupun ganguan," katanya lagi.
"Tidak akan timbul sebarang masalah jika semua parti politik mematuhi peraturan yang ditetapkan," tambah Abdul Aziz.
Katanya lagi, parti politik sepatutnya tidak menunggu saat - saat akhir untuk berkempen, malah tempoh yang digunakan sepatutnya dimanfaat sebaik mungkin.
"Tempoh yang diberikan, mereka bebas untuk berkempen... tidak kira melalui media sosial, melalui lapangan iaitu berceramah dan datang dari rumah ke rumah... kenapa nak juga gunakan masa selepas 12 tengah malam untuk berkempen?" kata Abdul Aziz lagi.
"Tetapi untuk berceramah, mereka seharusnya mendapatkan kelulusan daripada Ketua Polis Daerah masing- masing bagi mengelakkan pertembungan dengan parti lain," katanya lagi.
Menurut beliau, SPR akan berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua parti politik yang bertanding serta mahu memuaskan hati mereka supaya mereka tidak dianggap berat sebelah.
"Kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik, 'fair to all' pada hari pembuangan undi nanti," ujar beliau.
Menjawab soalan tentang kaedah memantau media sosial yang bakal diperkenalkan, Abdul Aziz berkata, "Kiita akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam masa yang terdekat."
0 orang berkata:
Post a Comment