MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya
3 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya
dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.
“Keputusan berkenaan kemungkinan dibuat dengan menggabungkan pelbagai kemahiran dan keupayaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
“Tidak ada sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

0 orang berkata:
Post a Comment