Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, October 3, 2012

Hot! skandal scorpene. Peguam Perancis Dakwa Ada Bukti Resit Perjalanan! - Oleh Deth Mustaine


Peguam Perancis yang menyiasat skandal pembelian 2 kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, Joseph Braham mendakwa menemui dokumen rahsia berprofail tinggi melibatkan resit perjalanan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu ke beberapa buah negara yang dikaitkan dengan urusan pembelian 2 kapal selam itu.

Selain itu, sebanyak 133 dokumen yang berkaitan dengan urusniaga 2 kapal selam itu telah diserahkan kepada mahkamah Perancis untuk tujuan siasatan termasuk dokumen yang melibatkan pembayaran ‘khidmat koordinasi’ sehingga €114 juta (RM450 juta) kepada Perimekar, syarikat milik Razak Baginda. 

Antara dokumen yang diserahkan itu melibatkan
syarikat-syarikat dari Perancis, Belgium, Malta dan Luxembough.
 

Menurut Joseph Braham, ia merupakan dokumen-dokumen yang asli.
 

“Siasatan setakat ini sudah cukup bukti untuk membuat pendakwaan dimahkamah terhadap ‘pegawai-pegawai tinggi’ di Malaysia,”  kata Braham.

“Inilah alasan mengapa beliau diharamkan dari memasuki negara ini,” kata Cynthia Gabriel semasa kemunculan sulungnya di Ipoh dalam forum
“Scorpene Submarine Scandal: 


The Great Malaysian Robbery” baru-baru ini.

Sebuah lagi syarikat yang dikatakan terlibat ialah Terasasi yang juga dimiliki oleh Razak Baginda. 

Sebaanyak RM127 juta dibayar kepada Terasasi oleh sebuah syarikat dari Perancis. Ia berbeza dengan kenyataan Kementerian Pertahanan yang mengatakan tiada syarikat lain yang terlibat dalam pembelian itu selain Perimekar.

Perimekar ditubuhkan beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan syarikat pembekal Perancis. 

Perimekar tidak mempunyai latar belakang dalam perkhidmatan kapal selam dan tiada kemampuan kewangan dalam menyokong perjanjian
tersebut.


Ekoran dari usaha SUARAM membawa skandal ini ke peringkat antarabangsa, kerajaan telah cuba mengenakan tekanan dari berbagai sudut terhadap badan NGO itu dalam usaha mereka untuk menghalang
proses penyiasatan berprofail tinggi ini. 


Kerajaan tidak pernah menyerang NGO seperti mana mereka telah lakukan terhadap SUARAM hari ini. 

“Walau apa pun terjadi terhadap SUARAM selepas ini, ia tidak akan memberi kesan kepada perjalanan siasatan skandal ini,” ujar Cynthia meyakinkan orang ramai diikuti tepukan menandakan sokongan mereka
terhadap SUARAM.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.