Roslan Zainal
Roslan Zainal 
 
KUANTAN  -  Kuasa adalah sebahagian daripada perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum syariah justeru tidak timbul masalah lain malah keputusan bersama PR juga sudah dipersetujui Majlis Syura Ulama Pas.
 
Pak Karamu: Dia ingat disebabkan dia berada didalam majlis syura maka dia cuba tunjukkan kepada umum bahawa dia masih punyai kuasa mutlak didalam Pas untuk melakukan sesuatu rancangan, ertinya dia membodohkan orang ramai

Ketua Penerangan Pas Pahang, Roslan Zainal berkata, Pas tidak pernah meletakkan agama sebagai perkara nombor dua dalam perjuangan yang dilaksanakan sebaliknya agama menjadi sebab Pas mahu memerintah negara.

 
Pak Karamu: Hujah ini sengaja direka untuk membolehkan dia melakukan sesuatu rancangan jahatnya dan sekali gus mempengaruhi rakyat dan ahli didalam Pas
 
Menurutnya, kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menyatakan Pas ghairah mengejar kuasa adalah tidak wajar.
 
Pak Karamu: Dia silap besar dalam kenyataannya, sepatutnya dia tahu mengapa Pas bersetuju untuk berjuang melalui pilihanraya, malah dia sendiri terlibat dalam beberapa pilihanraya menjadi calon, bolehkah dia fikirkan mengapa Pas bersetuju berjuang melalui pilihanraya ? Tentunya didalam benak ahli dan rakyat tertumpu pada moral islam, tapi dia buta hati tentang apa yang ada didalam fikiran rakyat dan ahli parti

“Kuasa adalah perjuangan Pas, hanya dengan kuasa kita dapat melaksanakan perjuangan Islam di negara ini. “Permuafakatan dengan PR adalah strategi dan isu meninggalkan agama tidak perlu dipersoalkan kerana masing-masing tahu peranan yang perlu dilakukan,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama Pas itu.

 Pak Karamu: Dia tahu dan pernah akur keputusan Pas bersama PR tapi disebabkan ada aginda maka dia sanggup melaknat keputusan majlis syura, sekali gus Pas tersilap orang meletakkannya didalam majlis tersebut

Roslan juga kesal dengan tindakan Nasharuddin yang terus membuat kenyataan kepada media tanpa merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu.
 
Pak Karamu: Dia besar kepala, dia ingat jawatankuasa majlis syura semuanya bodoh
 
Katanya, jika pun ada pendapat baru, beliau perlu menggunakan forum dalam parti untuk mendapatkan pendapat yang lebih jelas.
 
Pak Karamu: Dia tak perlu adakan forum, sebab dia tahu orang akan pandang dia dengan sebelah mata, takut moralnya jatuh
 
“Kenyataan itu juga tidak konsisten jika di bandingkan sewaktu dia masih menjadi Timbalan Presiden Pas,” katanya.

Pak Karamu: Sebenarnya dia adalah seorang pendendam terhadap Pas disebabkan ahli dan penyokong tidak memilihnya sebagai Timbalan Presiden semasa memilihan dahulu

Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan Nasharuddin yang menganggap Pas sudah lari daripada perjuangan asal kerana lebih mementingkan kuasa berbanding agama.

Malah bekas Timbalan Presiden Pas itu turut melahirkan rasa hairan apabila usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutama melibatkan dua parti besar iaitu Umno- Pas tidak dipandang oleh Pas.

Pak Karamu: Kenyataannya ini sebenarnya dia menggodam Mursyidul am Pas, yang menolak kerjasama dengan BN atas alasan yang termaklum, rakyat dan ahli Pas tahu semua ini, dan sekarang dia timbulkan lagi masalah ini, Mengapa ?