October 12, 2012
Ketua AMK Kedah Ditukarkan Kerja Serta Merta. Pemuda Dan AMK Kelantan Sambut Dengan Ceramah Perdana
Penjawat awam terus menjadi mangsa kerakuasan politik Bn ; Pemuda PAS Kelantan dan SAMM Kelantan rai pertukaran Cikgu Azman dari P.Pinang ke Kelantan
Penjawat awam terus menjadi mangsa kerakusan kuasa regim Bn. Bukan sedikit saban tahun penjawat awam diganggu tugasan mereka atas arahan politik. Bagi yang terus mempertahankan prinsip akan menjadi mangsa ditukar, dilambat kenaikan pangkat malah tidak kurang digantung dan di pecat.
Cikgu Azman Nasarudin seorang guru yg berdedikasi punya rekod perkhidmatan yang diakui baik oleh kementerian sendiri, malangnya secara tiba - tiba di pertengahan sesi persekolahan dia mendapat arahan pertukaran sekolah ke Gua Musang, Kelantan. Diyakini ini semua berlaku ekoran tindakan wujud beberapa aduan termasuk dari pihak Umno yang mengadu ke Kementerian ekoran beliau juga menjawat jawatan selaku Ketua AMK Negeri Kedah.
Bukan baru tetapi sudah hampir dua penggal Cikgu Azman
menjawat jawatan Ketua AMK Kedah dan sama sekali tidak pernah
mengganggu tugasan beliau sebagai seorang pendidik. Namun baru - baru
ini dia dipanggil mengadap wakil Kementerian Pelajaran untuk memberikan
penjelasan khususnya berkenaan penglibatan beliau dalam bidang politik.
Namun didepan wakil kementerian beliau tegaskan haknya untuk memilih
parti untuk disokong selagi tugasan selaku pendidik tidak terganggu.
Akhirnya beberapa hari lepas dia mendapat surat arahan bertukar ke Gua
Musang. Punya anak yang bersekolah di Kedah dan isteri yang bertugas
juga di Kedah maka tidak sempat menguruskan pertukaran, anak dan isteri
terpaksa ditinggalkan dan beliau akan melaporkan diri di sekolah baru
minggu hadapan (16 Oktober 2012). Semua ini boleh dielakkan jika Cikgu
Azman bersetuju meletakkan jawatan selaku Ketua AMK Kedah dan duduk
senyap. Namun demi amanah dan keinsafan untuk sama menyumbang
menyelamatkan negara dia terus pertahankan prinsip.
Menghargai pengorbanan cikgu Azman dan juga sebagai tanda mengiktiraf ramai lagi kakitangan awam yang menjadi mangsa politik regim Bn maka Pemuda PAS Kelantan melalui Ust Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri) dan SAMM Kelantan akan meraikan Cikgu Azman di Kelantan.
Semua dijemput hadir sama meraikan
Ceramah Umum
'pegawai kerajaan terus jadi mangsa Bn
Jom Rai Ket.AMK Kedah yg ditukar ke Kelantan'
15 Oktober 2012, 9 malam
bersama YB Takiyuddin, cheGuBard dan Cikgu Azman (ket.AMK Kedah)
Di Kg paya senang (belakang SIC) Kota Bharu
** sebelum itu Cikgu Azman akan 'mengadap' Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat selepas Zohur di Pejabat Menteri Besar

0 orang berkata:
Post a Comment