Wednesday, October 24, 2012
Soi Lek hina hudud: Pas Perak persoal mana suara pemimpin dan menteri Umno?
Islam
sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Dato' Seri Chua
Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia, Jelas
Ustaz Abu Bakar Hussian, Pesuruhjaya PAS Perak.
Beliau
menyatakan, Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di
Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja
sekiranya hudud dilaksanakan. Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga
mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara
yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Sehubungan
itu Pesuruhjaya PAS Perak itu mempersoalkan dimana suara mereka yang
berautoriti dalam institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato seri Jamil
Khir Baharom? Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih
lagi mengulik mimpi pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng
barisan hadapan?
Satu
penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan yang
dilakukan oleh JAKIM terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam. Hudud
yang datangnya daripada Allah swt mengatasi ideologi serta logik akal
pemikiran manusia. Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan
JAKIM khususnya Dato Seri Jamil Khir terhadap perbuatan merosakkan
aqidah umat Islam serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa
sebarang pengaruh parti politik, tegas beliau.
Turut
menyedihkan, apabila para mufti turut menutup mulut terhadap penghinaan
ini. Malaysia dengan komposisi mufti di setiap negeri dan antara mufti
teramai di dunia, tidak mampu memanfaatkan tanggungjawab yang
diamanahkan. Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama
serta disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara
berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang
teraba-raba mencari kebenaran, jelas beliau.
Justeru
beliau menimpulkan bahawa, Persoalan undang-undang jenayah Islam yang
menjadi kewajipan terhadap umat Islam untuk dilaksanakan mestilah
menjadi tanggungjawab pemerintah serta mereka yang diberikan autoriti
besar dalam negara untuk berusaha ke arah itu. Disamping kita berusaha
memahamkan masyarakat Islam terhadap Undang-undang Islam, jangan kita
membutakan mata terhadap tentangan yang dilakukan oleh Musuh Allah SWT
yg berniat jahat terhadap Islam.
Justeru,
PAS Perak menyeru semua pihak, ahli politik, ahli akademik, NGO dan
juga individu menjadi agen penerangan soal keindahan undang-undang
Islam.
0 orang berkata:
Post a Comment