Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pemandu teksi ugut sokong Pakatan jika kerajaan tidak tunaikan janji

October 23, 2012
 
Pemandu-pemandu teksi juga merancang membuat bantahan aman setiap Sabtu di seluruh Malaysia hingga tuntutan mereka dapat ditunaikan. — Gambar oleh Choo Choy May 
 
KUALA LUMPUR, 23 Okt — Pemandu teksi hari ini mengugut akan menyebarkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) jika permintaan mereka tidak dipenuhi kerajaan.
 
Lima puluh orang pemandu teksi melancarkan kumpulan pendesak, Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) pagi ini, menuntut 11 tuntutan termasuk memberi permit teksi serta membatalkan perkhidmatan bas percuma GO-KL.

“Kami membawa satu juta penumpang setiap hari. Bayangkan kami jadi duta kepada PR daripada duta pelancongan,” kata pengerusi TEKSI, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud memberitahu wartawan dalam sidang media.

“Banyak benda boleh berubah dalam masa dua minggu sebelum pilihan raya umum.”
Pemandu teksi turut merancang untuk membuat bantahan aman setiap Sabtu di seluruh Malaysia hingga tuntutan mereka dapat ditunaikan.

Antara 11 tuntutan yang akan dihantar ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan pejabat perdana menteri esok ialah meluluskan permit teksi individu.

Dalam sistem sekarang, pemandu membayar setinggi RM1,700 sebulan kepada syarikat teksi mereka.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berkata baru-baru ini terdapat 79,571 pemandu teksi dan 1,303 syarikat teksi seluruh negara. Syarikat ini memiliki 31,978 permit atau 48 peratus di seluruh negara.

“Adakah pemandu teksi ini bekerja dengan syarikat, atau berniaga sendiri? Keduanya pun bukan,” kata ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin semasa melancarkan kumpulan itu.

“Kerajaan PR akan memastikan orang tengah akan dimansuhkan, dari teksi, beras, gula dan elektrik.”

Teksi juga menuntut untuk mengkaji semula penggunaan meter, dan juga menggunakan kereta lain selain Proton yang didakwa mempunyai kos yang tinggi untuk penyelenggaraan.

Bercakap dengan The Malaysian Insider, kebanyakan pemandu teksi yang hadir mendakwa peningkatan kos membuatkan pendapatan mereka berkurangan, dan bantuan kerajaan seperti Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) tidak membantu.

“Pendapatan kami kurang dari penjual goreng pisang, kami tidak mahu jadi kaya, kami cuma mahu mendapatkan rezeki yang halal,” kata Nazli Salleh yang memandu teksi selama sepuluh tahun.

Roslan Shaari berkata, syarikat teksi ini seperti ah long yang sering mengugut mereka setiap hari, dan bertanya tentang bayaran.

“Saya akui ada juga yang tidak mahu menggunakan meter, tetapi mereka tertekan kerana faktor (yang dituntut dalam tuntutan).”

Teksi bercadang untuk mengedarkan pelekat dan T-Shirt yang tertulis “Kami Mahu Permit” dan akan berdemo setiap Sabtu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.