TPM: Debat mengenai negara sekular tidak perlu dan tidak berfaedah
23 Oktober 2012
"Perkara yang ada dalam Perlembagaan seperti Islam agama persekutuan dan agama lain juga boleh diamalkan sudah jelas, tidak payah didefinisikan lagi sama ada kita sekular atau tidak.
"Kita pegang pada apa yang ada dalam Perlembagaan, terserah kepada rakyat Malaysia untuk mendefinasikannya supaya tiada polemik yang tidak berfaedah," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Malaysia 2012 'Pendidikan di Malaysia Melangkaui 2020' dan menyampaikan watikah pelantikan pengetua cemerlang baharu kepada 112 penerima.
Semalam, John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat meminta supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat oleh tiga bekas perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menyebut Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan mengamalkan sistem perundangan berdasarkan 'English Common Law'.
Muhyiddin berkata persoalan mengenai negara sekular itu tidak mendatangkan faedah kerana apa yang utama ialah Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan membangun.- Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment