Mulut gatal pemimpin pkr! Anwar harus tegur!
Written By admin on October 3, 2012 | 10/03/2012 12:24:00 PM PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi
Harakahdaily, 03 Okt 2012
KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam
Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh
dianggap pendirian bersama Pakatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat
pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan
rakyat.
Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang
bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi
Pakatan.
"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor
sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan
menyertai Kabinet.
"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan
media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.
"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini. Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia
bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan
kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.
Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan
Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan
DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul
Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan
beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.
0 orang berkata:
Post a Comment