Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAWAPAN DAN ALASAN TAK BERTAMADUN

Saturday, October 20

[BACA] Ulasan Fathul Bari pasai Soi Lek...

Semua pihak perlu jaga sensitiviti
Fathul Bari Mat Jahaya

SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.
Pak Karamu: Ulasan yang sumbang

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan bahan untuk dipolitikkan.
Pak Karamu: Ulasan lapok

“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam. 
“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pak Karamu:  Jawapan yang berunsur politik, hukum hudud islam bukan hak PAS, kamu jangan bagi jawapan bangang dan bersifat lembik

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.

Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.

Pak Karamu: Ini bererti UMNO gagal mendakwahkan dengan cina MCA kawan UMNO tidur sebantal, ko makan tidur aje la
 
Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.
“Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama. 
“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.
 Pak Karamu: Ko ni berhujah menggunakan bau politik untuk menghalalkan MCA yang musuh islam, MCA bukan saja tolak islam tapi dia menghina hukum islam, jika ko kata DAP tolak islam itu adalah sebab perlembagaan negara, jika ko kata PAS masih bersama DAP, so mengapa pula UMNO masih tak tendang MCA dan GERAKAN yang terang-terang menghina hukum islam ? Ko ni betul-betul bangang, jawapan macam melepas batuk ditangga
Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.

Pak Karamu: Macam mana nak bersatu, kamu buta ke ? Bukankah dasar dua parti melayu itu amat berbeza ? macam bumi dengan langit, lagi sekali ko memang bangang !
Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain.- SH
 Pak Karamu: Ko mimpi lagi, jika ko berjaya memahamkan mereka dan mendapat maklum balas positif mengapa mereka masih menghina hukum islam ? Ko dakwah ngan siapa ni, dengan batang kayu ke ? Nak bohong biar la menesabah !

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.