Skandal Nga Kor Ming (2)
editor1 | Oct 03, 2012 | Comments 0
0
0
Nga Kor Ming (kiri) dan Lee Chee Seng (kanan)
Lee Chee Seng adalah seorang ahli bisnes.
Macam-macam bisnes dia ada. Dia ada enam stesyen minyak kat Perak ni.
Dia juga merupakan seorang pemaju perumahan…tu belum masuk macam-macam
bisnis sampingan yang lain.
Orang bisnis memerlukan orang politik
sebagai kabel untuk memudahkan urusan bisnisnya. Sebagai balasan, dia
akan hulur kepada ahli politik untuk kepentingan ahli politik tersebut.
Sebelum March 2008, Lee Chee Seng adalah
penyokong tegar BN. Dia adalah orang Gerakan…malah dalam PRU 2008, Lee
Chee Seng membantu calon BN menentang calon DAP.
Tup-tup..BN kalah di Perak dan Lee Chee
Seng terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. Sebaik saja kerajaan
Pakatan Rakyat dibentuk, Lee Chee Seng dengan sepantas kilat bertukar
parti. Dia menyertai DAP…malah menubuh satu cawangan DAP di Taman
Kaya…dalam Parlimen Ipoh Timor dimana Lim Kit Siang menjadi MP.
Lee Chee seng adalah orang lama dalam
urusan politik/bisnis. Pengalaman dia dalam BN menjadikan dia pakar
untuk membuat kerja-kerja ala-Umno.
Lee Chee Seng membiayai DAP dengan cara
tidak langsung dimana dia telah menghantar anaknya, Howard Lee sebagai
proksi dalam DAP. Selain daripada membantu bisnisnya, dia juga dilihat
sebagai membantu DAP. Dalam masa yang sama, dia cuba mempromosi anaknya,
Howard, untuk dididik oleh Nga Kor Ming supaya memegang jawatan tinggi
dalam DAP. Howard sering memperkenalkan dirinya sebagai Pengarah
Strategi DAP Perak.
Tapi nasib malang menimpa Pakatan Rakyat
Perak apabila kerajaan PR ditumbangkan oleh BN dalam rampasankuasa 6
Februari 2009. Nga Kor Ming yang hidup senang semasa menjadi EXCO
tiba-tiba jadi hilang semua kuasa. Tapi Lee Chee Seng tak lari.
Lee Chee Seng tau tentang kekuatan politik
DAP. Sokongan orang Cina terhadap DAP masih tinggi dan kalau
pilihanraya diadakan, DAP sudah pasti akan menang kerusi-kerusi yang
ditandinginya. Maka dengan sebab itu, Lee Chee Seng masih meneruskan
hubungan rapat dengan Nga Kor Ming.
Nga Kor Ming yang sudah kehilangan hak-hak
istimewa sebagai EXCO perlu dibantu. Dan Lee Chee Seng menubuhkan satu
syarikat baru untuk membantu Nga Kor Ming.
Lee Chee Seng membuka sebuah restoran di
Sitiawan pada bulan April 2009 dan diberikan nama Restoran Michelin Star
Sdn Bhd dimana dia menjadi Pengarah Syarikat manakala isterinya, Irene
Yow Chay Yoon dilantik sebagai Pengarah beberapa bulan kemudian.
Lee Chee Seng menawarkan 15,000 saham (15%) kepada isteri Nga Kor
Ming, Wong Seow Ching, manakala 10,000 (10%) saham lagi kepada Nga Kor
Ming.
Tak mengapa…kalau Nga Kor Ming nak cari duit tambahan..tak ada
salahnya. Tapi kalau mengikut kata Lim Guan Eng dalam Konvensyen DAP tak
lama dulu, “Kalau nak berpolitik, jangan libatkan diri dalam bisnis.
Kalau nak buat bisnis, tinggalkan politik.” He.He…cakap Guan Eng pun Nga
Kor Ming tak mau ikut. Hey Guan Eng..lu sapa?
Tapi aku nak mintak tolong kat Guan Eng sikt…sebab Guan Eng seorang akauntan. tolong semak akaun syarikat Michelin Star ini.
Something is not right, brader. If you are goin’ to run the state
like you run this restaurant…I’d better sell off my shares and run away.
So..Nga Kor Ming sudah dibeli oleh Lee Chee
Seng. Bila sudah termakan budi, maka dia tak boleh lagi bertindak
sebagai pemimpin rakyat. Bila dua blogger Mediaperak ditahan oleh
gangster Taman Kaya yang diketuai oleh Lee Chee Seng, pemimpin DAP Perak
tak boleh buat apa-apa tindakan.
Bila Simon Thong juga dikasari oleh Lee Chee Seng, pemimpin DAP Perak juga hanya senyum macam Lee Chee Seng.
Guan Eng kena tanya kat Nga Kor Ming…”mau berpolitik atau mau
berniaga?” Sebab kalau nak berniaga, terpaksa jaga rakan bisnis
dulu…kemudian baru jaga rakyat. Kalau nak berpolitik…jangan berniaga.
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/03/skandal-nga-kor-ming-2/
0 orang berkata:
Post a Comment