Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SOKLAN MATI PUCUK

Thursday, October 18, 2012

Soalan Parlimen: Soalan Sumbang dari Nasharudin Mat Isa


Berikut adalah soalan Parlimen dari Ahli Parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlansung kini. Daripada kesemua soalan yang dilaporkan di sini, soalan dari YB Nasharudin Mat Isa jelas merupakan soalan yang pada kebiasaannya dibuat oleh wakil Umno BN. 

Dalam keadaan propaganda Umno terhadap isu bantuan dana asing terhadap Suaram, wakil PAS berdarah Umno, Nasharudin Mat Isa bersuara sumbang. Sila baca dan fahami maksud soalan daripada Nasharudin Mat Isa di bawah. 

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kajian terhadap pencemaran alam sekitar akibat Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada lain-lain ahli parlimen PAS seperti di bawah.


Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan adakah benar bahawa seorang isteri yang didapati bersalah melakukan nusyus akan tetap diutamakan dalam soal hak penjagaan anaknya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] Minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapa Pejabat Pos Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang masih mempunyai kerani pos dalam "kontrak", sedangkan di situ banyak sekolah, kampung dan masyarakat Melayu Luar Bandar. Kenapa di Pejabat Pos Trong, operasi Jabatan Pengangkutan Jalan hanya beroperasi hanya pada hari Rabu sahaja.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan sedar Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) begitu sukar mendapat tempat di pasaran terbuka disebabkan persaingan sengit dengan pelabur-pelabur luar dan jika sedar, apakah langkah-langkah yang diambil.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah NGO berdaftar yang terdapat di dalam negara kita dan adakah pemantauan dibuat terhadap aktiviti dan juga dana yang mereka perolehi khasnya dana dari luar negara.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) adakah risiko daripada penurunan harga minyak mentah akan ditanggung oleh kedua-kedua belah pihak Risk Sharing Contract (RSC) (Petronas dan pemegang konsortium) atau Petronas sahaja; dan
(b) berapakah anggaran keseluruhan terbaru yang dikemukakan oleh konsortium Sapura Kencana-Petrofac untuk projek Berantai dan perbezaan jumlah serta peratusan 'cost overrun' berbanding kos yang dikemukakan sewaktu bidaan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan pengenalan SAPS, APDM dan E-Kehadiran mengambil masa yang banyak, tugas pengajaran dan pembelajaran guru selalu terabai. Apakah langkah kementerian untuk mengatasi perkara ini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Kerja RAYA menyatakan tarikh sebenar Jambatan ke 2 Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dicadang dibuka untuk pengguna-pengguna jalanraya.
Pesan "Setan Syaitan Sultan" di sini.

 Setan Syaitan Sultan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.