Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Tabung Haji bersedia untuk hari Wukuf 25 Okt ini

14 Oktober 2012
MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin jemaah Malaysia mampu menjalani hari Wukuf dengan lancar pada 25 Oktober ini (9 Zulhijjah).
  
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata walaupun terdapat beberapa perubahan di kawasan melontar jamrah dan pembinaan terowong baru di Mina, namun Tabung Haji sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi untuk perkembangan terkini.
  
Beliau juga bertemu pihak berkuasa haji Arab Saudi bagi membincangkan keperluan jemaah Malaysia pada hari Wukuf terutama berkaitan kelancaran sistem pengangkutan dan perkhemahan.
  
"Dalam pertemuan itu, kita sudah mendapat waktu yang sesuai untuk membuat lontaran jamrah. Kita diberikan kebenaran melontar pada waktu malam selepas Isyak pada 10 Zulhijjah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Tabung Haji di sini.
  
Syed Saleh berkata kebenaran itu diberi selepas mengambil kira waktu makan dan waktu solat untuk jemaah Malaysia, dan ia merupakan masa terbaik yang berjaya diperoleh.
  
Beliau berkata setakat hari ini, seramai 22,000 orang atau 81 peratus daripada 28,000 jemaah haji Malaysia sudahpun berada di Tanah Suci.
  
"Setakat ini, tinggal 13 penerbangan lagi yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 19 Okt ini pada 4.10 petang," katanya.
  
Syed Saleh berkata perkhidmatan Talian Ibadah dilanjutkan sehingga 24 jam untuk kemudahan jemaah bertanyakan permasalahan ibadat haji.
  
Sebelum ini, talian yang dikendalikan tiga ustaz itu beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 12 malam.
  
Secara purata, talian itu menerima panggilan 25 sehari daripada jemaah haji. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.